Ya Allah please grant me an ever-lasting patience

Saturday 25 June 2011

Apabila Terpaksa Memilih Antara Dua

Pusing kiri tidak kena, pusing kanan pun tidak kena. Malam sudah hampir berlabuh, pagi sudah hampir memperlihatkan dirinya, namun kedinginan malam ini tidak sedikit pun mampu mendodoikan aku.
Sudah puas ku cuba untuk melelapkan mata ini walaupun sekejap cuma, namun diriku masih  tidak mampu mengalihkan perhatian mindaku ini yang masih ligat memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk permasalahanku.
Kualunkan zikir-zikir hingga membasahi bibirku namun masih belum juga mampu untuk melenakanku. Ternyata begitu seksanya apabila nikmat Allah S.W.T itu telah ditarik. Aku menangis. Ya Allah, betapa sukarnya untuk membuat pilihan . Apa juga keputusan yang ku buat, pasti ada hati yang bakal terluka, walau hakikatnya aku lah yang pertama akan merasai luka itu.
'Aku buntu Ya Allah,"
Kubangkit dari tempatku berbaring lalu mencapai buku kecil yang pernah kubeli suatu ketika dahulu, namun tidak pernah kuteliti isi kandungannya. Ia bertajuk 'MISTERI SOLAT SUNAT ISTIKHARAH'. Setelah berwuduk, aku menunaikan solat sunat istikharah itu, buat pertama kali dalam jiwaku terasa gementar saat bibir melafazkan niat, menyatakan tujuan bertemu Allah di saat manusia lain sedang enak diselimuti gebar. Cemburunya aku! Air mata tidak tertanggung dek kelopak, lalu meluncur laju membasahi telekung. Betapa kerdilnya terasa, sehingga mahu membuat pilihan pun harus meminta bantuan Allah S.W.T.
Kurasakan itulah solatku yang paling khusyuk, yang pernah aku lakukan. Tidak pernah aku merasakan diri aku sedekat ini dengan Penciptaku. Air mata semakin laju saat aku kulantunkan doa solat istikharah. Ya Allah, aku mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu, aku mohon petunjuk dengan kudratMu, dan aku mohon kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Aku berteleku di sejadah.
"Sesiapa yang terluka Ya Allah, Engkau ubatilah luka mereka. Aku tidak mampu, lalu aku berserah kepada-Mu Ya Allah,"
Aku lena dalam air mata. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Esoknya, aku dipertemukan dengan hamba Allah yang mampu menolongku membuat pilihan. Melalui perbincangan dengannya, aku semakin jelas dengan keputusan yang bakal aku lakukan. Syukur Ya Allah kerana bebananku semakin berkurangan.
Hidup ini dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Mahu atau tidak, kita terpaksa memilih antara dua atau lebih jalan yang terbentang. Malah, hampir kesemua rutin dalam kehidupan kita memerlukan kita untuk menilai dan memilih. Setiap pagi kita perlu memilih samada hendak bangun untuk menunaikan solat subuh atau terus sahaja lena berulitkan mimpi indah. Selain itu kita juga turut terpaksa memilih jenis lauk pauk yang ingin kita masak, terutama sekiranya kita merupakan seorang isteri dan ibu. Pendek kata kita perlu memilih untuk semua perkara yang hendak kita lakukan. Namun, kadangkala akan datang kepada kita, saat yang begitu sukar untuk kita sebagai manusia membuat pilihan apabila ia  melibatkan banyak pihak lebih-lebih lagi mereka yang kita sayangi.
Kutitipkan nukilan ini dengan niat agar sesiapa yang sedang merasa tersepit, mahupun yang sedang buntu untuk memilih agar meluahkan kebuntuan tersebut kepada Allah S.W.T, salah satu caranya adalah dengan mengerjakan solat sunat istikharah. Sebagai seorang pelajar, apabila Allah S.W.T mengujiku dengan menarik semula nikmat tidurku, aku sudah terasa resah dan buntu. Apatah lagi anda di luar sana yang berjawatan tinggi dan mungkin merupakan orang-orang penting dalam sebuah organisasi, sudah pasti anda semua terpaksa membuat keputusan yang lebih besar daripadaku.Malah, kemungkinan besar keputusan itu bakal mengubah nasib hidup seseorang. Allah S.W.T pasti akan membantu kita dengan jalan-jalan yang tidak pernah terfikir oleh kita sekiranya kita rajin berdoa kepadaNYA. Hanya Dia Yang Maha Pengatur, dan Dialah Yang Mengetahui.

Wednesday 22 June 2011

Si Hitam & Si Putih

Tersebutlah kisah di zaman dulu. Di sebuah kampung, ada dua orang sahabat rapat. Nama dua sahabat ini ialah Hitam dan Putih. Teramatlah baik mereka ini sehinggakan orang ramai mengatakan mereka ini adik beradik.

Nak di jadikan cerita, satu hari berlakulah sengketa besar antara mereka. Besar sungguh sengketa mereka hingga mulai dari hari itu mereka tidak lagi bertegur sapa. Bukan itu sahaja, disebabkan teramat marahnya Hitam terhadap Putih, habis semua cerita buruk Putih yang sebelum ini disimpan oleh Hitam diceritakan kepada orang lain. Biasalah manusia, nak menyedapkan cerita-cerita ini, Hitam mula menokok tambah sana sini rahsia Putih.
Putih amatlah sedih dan marah apabila mendengar cerita-cerita yang dihebahkan oleh Hitam itu. Disebabkan itu, Putih jatuh sakit. Makin lama semakin teruk penyakit Putih hinggakan orang-orang kampung merasakan hidup Putih sudah tidak lama lagi. Maka orang-orang kampung bersungguh-sungguh memujuk Hitam agar berdamai dan memohon maaf dengan Putih. Mula-mula disebabkan ego, Hitam berkeras tidak mahu memohon maaf. Tapi orang-orang kampung itu tidak berputus asa. Maka teruslah mereka memujuk Hitam hingga lembut hati Hitam.
Maka pergilah Hitam menziarahi Putih. Hitam memohon maaf dari Putih. Namun Putih hanya berdiam diri sambil memandang sayu terhadap Hitam. Setelah berkali-kali Hitam cuba memohon maaf, Putih menyatakan beliau boleh memaafkan Hitam dengan syarat Hitam membelikan untuk beliau seguni kekabu. (bahan yang digunakan untuk mengisi bantal). Bergegaslah Hitam pergi mencari seguni kekabu. Puaslah Hitam mencari kekabu tersebut di pasar. Nasib menyebelahi Hitam apabila Hitam berjaya membeli kekabu tersebut dari seorang wanita tua.
Hitam lalu bergegas semula ke rumah Putih dan menyerahkan kekabu tersebut kepada Putih. Sekali lagi Hitam meminta Putih memaafkan beliau. Kali ini, sebelum beliau memaafkan Hitam, beliau meminta Hitam menaiki satu tempat yang paling tinggi di kampung mereka itu dan kemudian menebarkan segala kekabu dalam guni itu agar kekabu itu berterbangan dan memenuhi segenap pelusuk kawasan di situ.
.
Hitam tidak banyak soal. Dia lantas memikul guni kekabu itu dan mencari tempat paling tinggi di kampung mereka itu. Cari punya cari, sudahnya Hitam ternampak sebuah bukit dan tiadalah tempat yang lebih tinggi dari puncak bukit tersebut. Dengan susah payah, Hitam mendaki bukit tersebut sambil memikul guni kekabu itu. Sampai di puncak, Hitam termenung sejenak memerhatikan keindahan alam. Setelah puas, Hitam mula menebarkan segala kekabu dalam guni tersebut hingga tiada langsung kekabu dalam guni itu. Hitam memerhatikan kekabu itu terbang ditiup angin hinggakan ada kekabu yang terbang itu hilang dari pandangan beliau. Dilipat guni yang kosong itu dan hasrat Hitam mahu membuktikan apa yang dipinta Putih telah ditunaikan beliau.
Dengan hati yang girang, Hitam berjalan menuju ke rumah Putih. Sangkanya kali ini, Putih pasti akan memaafkan beliau. Sampai sahaja di rumah Putih, ditunjuk guni yang kosong itu kepada Putih. Hitam dengan penuh harapan memohon maaf kepada Putih. Putih memandang tepat smbil berkata dengan perlahan-lahan. "Hitam, jika kamu benar-benar ingin aku memaafkan kamu, aku ada permintaan terakhir. Aku pasti memaafkan kamu jika kamu laksanakan permintaan aku ini. Aku mahu kamu kutip segala kekabu yang telah kamu tebarkan dari puncak bukit itu tadi!" Terduduk Hitam mendengar permintaan Putih itu.

pengajaran dari cerita ini~fitnah itu amat menyakitkan,belum tentu sakitnya akan sembuh walaupun banyak tenaga,masa dan wang telah dgunakan

Saturday 18 June 2011

Kuasa Cinta..

Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)

Cinta Menyintai Atas Keimanan dan Ketaqwaan
Rasulullah SAW bersabda:Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : "Kami semua pengasih" Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani)
"Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!" (Jalaluddin Rumi).

Cinta Yang Terutama

Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya.
Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'
Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!
Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata.
Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!
Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)
Cinta Allah Cinta Rasululllah
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.
Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.
Cinta Terulung
Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.
Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)
Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang menentukan turun naiknya kuasa cinta. Bacalah betapa hebatnya komunikasi yang dikatakan faktor kuasa cinta di sini. Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta. Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Apabila manusia memahaminya, maka sudah pasti manusia akan lebih mudah untuk bercinta dengan Pemiliknya iaitu Allah.
Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta. Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah. Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.
Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI KITA. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan. Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.

Kembali kepada ALLAH

Dari Ibnu Umar ra katanya; Rasulullah SAW memegang bahuku lalu ia bersabda: "Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)". Dan adalah Ibnu Umar ra berkata: "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau". (al-Bukhari)
Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitu alam akhirat yang kekal abadi.
Untuk itu, setiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal sudah tentu waktu itu tidak akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.
Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya. Manusia yang mengejar dan menghabiskan masa dengan mencari "sesuatu yang tidak diciptakan oleh Allah di dunia" (kebahagiaan yang hakiki) adalah manusia yang rugi dan perbuatan yang sia-sia.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya." (Hadis Riwayat Anas r.a)
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib mempercayai dan bersyukur terhadap kurniaan Allah. Ini kerana beriman kepada qada dan qadar merupakan rukun iman yang ke-6 dan menyangkalnya boleh mengakibatkan terbatalnya iman kita.
Sesungguhnya takdir manusia telah ditentukan sedang ia masih di dalam kandungan ibunya. Namun ini bukan alasan untuk umat Islam hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha dan berdoa. Sebaliknya umat Islam harus menggunakan alasan ini untuk lebih kuat berusaha dan berdoa dalam mengecapi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.


كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتاً فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
(Surah Al-Baqarah 2:  Ayat ke 28)

Saat Nabi MUHAMMAD hampir wafat

Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..
Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW

Rindu Nabi MUHAMMAD terhadap kita

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Ancaman dari Setiap Sudut

" Jika musuh kita menyerang daripada segenap sudut yang ada, adakah kita akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut? "
" Jika mata kita selamat daripada melihat aurat belum tentu telinga kita selamat daripada mendengar orang mengumpat. "
" Jika tangan kita bebas daripada mencuri, belum tentu kaki kita terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat."
" Jika mulut kita bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluan kita terhindar daripada dosa dan rangsangan. "

Musuh itu pasti menyerang daripada segenap sudut dan melalui segala kemungkinan yang ada. Musuh itu berupakan nafsu yang ada di dalam dirimu atau godaan daripada luar.
Dalam dunia yang sedang kita jalani sekarang, serangan itu semakin menjadi-jadi. Semua perkara dan alat yang kita gunakan di dalam kehidupan seharian akan diaplikasikan oleh musuh-musuh kita untuk melemahkan dan menghancurkan kita.
Hanya dengan melayari internet, kita terus terdedah kepada serangan tersebut sekalipun kita tidak berniat untuk melakukan kemungkaran. Apabila memandu melalui jalan-jalan di kota, kita terus dapat melihat serangan itu terpapar besar di papan-papan iklan. Wanita-wanita mendedahkan bahagian tubuhnya yang merangsang pemikiran lelaki.
Hanya dengan berjalan di sebuah pasaraya untuk memberi barangan keperluan, kita akan terlihat begitu banyak bentuk rangsangan yang merosakkan kekhusyukan ibadah kita. Bahkan hanya dengan memiliki sebuah telefon bimbit, sekian banyak 'SMS' yang masuk menawarkan aksi-aksi panas.
Serangan-serangan yang sedang kita hadapi ini bukanlah sesuatu yang biasa dan sangat menyesakkan dada. Setiap hari kita berhadapan dengannya tanpa diminta. Kita merasakan selamat kerana kita telah sebati di dalamnya. Boleh jadi juga kita sebenarnya telah kalah dan mungkin telah menjadi agen dalaman yang menyerang orang lain.
Kita sebenarnya tidak selamat jika kita hanya bertahan daripada satu sudut. Kita memerlukan sistem pertahanan yang memelihara kita daripada segenap sudut. Kita mesti menahan seluruh anggota yang mungkin diserang oleh musuh termasuk hati. Ya, sekalipun jasad kita selamat daripada benar-benar tewas, hati kita mungkin diserang penyakit yang sukar diubati.
Lebih teruk lagi jika kita gagal menyedari bahawa serangan-serangan itu wujud. Bahkan bertambah malang jika kita sudah tidak mahu bertahan lagi dan asyik dengan hidangan-hidangan yang dipaparkan kepada kita. Suatu hari, kita pasti hancur bersamanya.
Ghazwul fikri (serangan pemikiran) yang kita hadapi ini perlu ditentang dan dilawan secara berterusan. Walaupun kita belum mampu membina sebuah gelombang atau sistem yang boleh menghancurkan serangan sedia ada, bertahanlah daripada serangan dalam diri masing-masing.
"Aku sudah cukup kuat, aku pasti selamat."
" Bagaimana dengan ibu dan ayah kita? Adik-beradik kita, anak dan isteri kita nanti? Adakah kita ingin selamat seorang diri sedangkan Al-Quran memerintahkan untuk kita menjaga diri dan ahli keluarga kita daripada api neraka? "
Binalah kekuatan dalaman dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kesedaran bahawa kita tidak akan selamat jika kita tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan.
" Boleh jadi hari ini kita dapat mengelak, namun esok engkau kita terkandas jua."
Kekuatan iman dan takwa perlu digilap dan ditingkatkan supaya kita boleh bertahan dengan semua bentuk serangan. Kuncinya, bersabarlah kerana memang tak mudah.
" Sedarlah bahawa kita ibarat hidangan di mata musuh kita, bila-bila masa kita akan diterkam dan dimusnahkan jika kita tidak berjaga-jaga. Ya, musuh yang boleh muncul daripada mana-mana sudut dalam apa jua keadaan. Bersedialah. "

Saya Benci OKU!!

Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.
"Tak mampu," kata mereka.
Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.
Merungut lebat, kerjanya lambat.
Ya, saya tahu OKU ni banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia. Tiada yang sempurna.
Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!
Sudah malas, banyak pula alasannya.
Apa? Kalian kata saya kejam? Kurang sensitif? Kurang ajar? Kurang asam? Tak ada adab?
Sabar, sabar, sabar dulu...
OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.
OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.
Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?
Tak mengapalah. Kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila sahaja nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu.
* OKU - Orang Kurang Usaha itu memang hanya menyusahkan!

Friday 17 June 2011

Tips Mengurangkan Jerawat

Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
1. Ambil wudu' sebelum tidur.
2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
3. Elakkan diri daripada tekanan.
4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

when...when...when...

Biodata iblis

Nama: Iblis Laknatullah
Tarikh Lahir: Sejak dia mula ingkar sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah S.W.T
Status: Fasiq kelas pertama (first class)
Agama: Kafir
Tempat Tinggal: Di dalam hati manusia yang lalai
Kawasan Jajahan: Semua tempat yang tidak ada usaha untuk mengingati Allah S.W.T
Tempat tinggal: Neraka Jahanam
Hobi: Melalaikan orang daripada mengingati Allah
Kegemaran: Menjadi penggoda yang sesat untuk menyesatkan anak-anak Adam
Cita-cita: Menjadikan semua anak Adam sesat lagi menyesatkan
Kerja yang paling disukai: Homoseksual dan Lesbian
Hiburan: 18 SX
Modal perniagaan: Angan-angan yang kuat
Pesaing yang paling hebat: Umat Islam
Moto :"HIPOKRASI ASAS AKHLAK"
Kelemahan: Istighfar
Kroni: Golongan MUNAFIK
Sumber rezeki: Harta haram
Bilik operasi: Tempat-tempat kotor lagi menjijikkan
Gaji: Dosa

Managing Kids at This Time

When discussing about managing children, the young mothers are often compared to their mothers or grandmothers, and how they were able to cope with even more children like 8 or even 12, yet without maids. I am referring to the situation in Malaysia where most families those days were big families.

Time Has Changed
I have ultimate respect to our mothers and their mothers for having successfully managed their children in those difficult times. You and I turned out alright, didn't we?
Nevertheless, I think that we as new mothers are also going through challenging times. These are not the times when we can let our children roam around the neighborhood and come home before sundown. These are not the times when we can keep them free from outrages negative input, since now that we have the internet.
Children do not even have to search for these junks on the web. The junks are fed to them through banner advertising in websites. I dare not let my children Google for their homework without me being around as a simple innocent image-search can lead to loathing displays of stuffs that can pollute the children's minds!
My mother used to tell me that in her childhood, she and her siblings would play the whole day and come home when it was the time to eat, then later flee again and come home before Maghrib to clean themselves, have dinner, etc. When they hurt themselves due to falls, etc, they had come home, get some good spanking first, get treated next, then eat and play again outside. Well, that was what she said.  So 8, 10, or 14 children, they were mostly playing outside. But how about childrens today? Unless they are sent to various classes and such, they had be mostly stuck at home. Children are creative and playful, and when indoors, their creative ideas and mischief are now most of the time visible to the parents. Well, at least when the parents are at home themselves.
Of course the bigger issue would be the children's safety. In our time, with even more drug addicts and psychos out there, how can any mother be at peace letting kids off by themselves? With better neighborhood spirit that our mothers or grandmothers had those days, the comfort level with regards to the children's safety cannot be compared to these times.
What Did We Get Ourselves Into?
Often I feel as though the challenges of these days are unnecessary burdens that we ourselves create and get ourselves into due to modernization. The stolen freedom and safety due to lack of neighborhood spirit, the lack of time and focus for the children due to the need to survive these days, ' financial crisis (or is it our desire to achieve with regards to career). If our ancestors had to deal with days of war, we have ourselves to deal with the 'internal wars' of a complex life which should have been simple. Hence, why maybe most of us can only cope with at most 6 children these days, or possibly less.
Let's pay our respect to our mothers and their mothers for their motherhood journey, but do not forget to give ourselves too some credit for going through mother

Maaf,Aku X Boleyy!!!

Sudah hampir sebulan aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi . Terlalu banyak perbezaan yang aku dapati disini jika hendak dibandingkan dengan alam persekolahan dahulu. Sedang aku sibuk mengemas nota dan buku-buku yang bersepah di atas meja, tiba-tiba kedengaran daun pintu bilik aku diketuk berkali kali. Selepas itu, kelihatan sebatang tubuh sudah berdiri sambil tangannya masih ditombol pintu.
"Assalamualaikum Firza, awak perasan tak ada poster tampal kat depan blok kita?" Tanya Ain yang masih berdiri di depan pintu bilikku.
"Waalaikumsalam. Oh, Ain masuklah.Poster apa?" Ain masuk dan terus merebahkan punggungnya ke katil seraya berkata,
"Alah, tentang Majlis Tinta Kasih Kolej hujung minggu depan. Mereka perlukan orang sebagai team teater untuk persembahan majlis tu nanti. Jom kita masuk Firza ! awk kan pandai berlakon, sy nak jadi belakang-belakang tabir je ."
"Boleh lah juga . Sudah agak lama saya tak berlakon teater," jawabku dengan penuh minat.
"Cantik ! nanti sy hantar nama kita pada AJK," jawab Ain dengan penuh semangat.
Riak kegembiraan bersinar di wajah Ain membuatkan aku turut menempiaskan senyuman.
Aku merebahkan diri ke katil. Tidak lama kemudian mindaku teringat pada peristiwa yang berlaku dua minggu selepas aku bergelar seorang mahasiswi jurusan senibina.  Jurusan ini agak susah bagiku.  Mata pelajarannya  juga susah difahami.  Mungkin aku belum biasa dengan keadaan pembelajaran di Universiti yang jauh berbeza dari sekolah. Oleh kerana terlalu stress memikirkan masalah ini, aku sering memerapkan diriku di dalam bilik. Ain yang merupakan kawan sekolah aku juga mengambil jurusan dan universiti yang sama denganku turut perasan dengan apa yang berlaku pada diriku ketika itu.
"Firza kenapa sy tengok awk asyik diam je?" Tanya Ain dengan nada risau.
"Tak tahulah Ain, saya rasa sangat lost dan tak tenteram belajar disini. Saya rasa macam tidak boleh carry on mengambil jurusan Senibina ni," jawabku lemah.
"Sabar lah Firza, Baru seminggu kita belajar . Lama-lama nanti biasa la tu. Jangan ikutkan sangat perasan awk tu. Awak pasti boleh," Ain memujukku lagi.
"Apa kata maghrib ni kita pergi surau? Saya dengar ada pengisian agama malam ni  kat surau. Mana tau awk lebih tenang dan tenteram lepas tu,"ajak Ain dengan penuh bersemangat.
Aku mengangguk tanda bersetuju dengan ajakan Ain. Ada baiknya juga sekiranya aku pergi ke surau dan mendengar ceramah agama. Sekurang-kurangnya sejuk sikit hatiku mendengar tazkirah yang bakal diperdengarkan di surau malam itu.
Malam itu aku ke surau bersama Ain, benar sangkaanku pengisian tazkirah malam itu amat menenangkan jiwa dan membuat hati aku lebih tenang. Kekacauan dan kekosongan jiwa terisi dengan ubat rohani . Teringat antara isi pengisian tersebut "Orang yang gemar menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah swt dan hidupnya sentiasa dinaungi para malaikat." dan ketika majlis itu, ustaz tersebut juga ada menyatakan mengenai seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA  ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:
" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."
Selepas pulang dari surau aku telah tanamkan azam dalam hati untuk sering berkunjung ke majlis ilmu. Semangatku seperti ditiup kembali dan dicas dengan sentimen-sentimen positif.  Niat aku untuk menukar jurusan sebelum ini juga mati begitu sahaja. Mungkin ada hikmah disebalik kesusahan yang aku alami selama ini.  Malam itu aku merawat rohani dengan membaca  Al-Quran terjemahan yang baru aku beli dua hari yang lalu. Itulah Al-Quran yang pertama aku beli dengan duit poket aku sendiri. Aku meneliti setiap terjemahan surah Al-Baqarah.
Apabila tiba di ayat ke-216, Tiba-tiba titisan-titisan jernih mengalir membasahi pipiku.
"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(2 : 216)
Allah lah yang menciptakan kita dan Dialah yang mengetahui setiap keperluan hambaNya dan Dia juga lah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita. Sedangkan kita pula asyik merungut dengan kesusahan yang begitu sedikit yang kita hadapi. Ayat ni telah menyedarkan aku untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Ramai lagi orang di luar sana yang berkeinginan untuk memasuki Universiti tetapi mengalami kekangan wang dan sebagainya. Sedangkan aku telah berkali-kali mengeluh ketika perjuangan baru bermula.
Peristiwa itulah yang menjadi turning point dalam hidupku dan sejak daripada itu aku banyak menghabiskan masa lapangku dengan mengunjungi majlis-majlis ilmu di kampus seperti ceramah , usrah dan halaqah.  Disitu jugalah aku dan rakan-rakan menemui kak Iffah yang merupakan naqibah dan menyertai kumpulan usrah yang dikendali olehnya.  Hampir setiap minggu kami akan berusrah dan membincangkan sesuatu tajuk . Banyak juga perubahan yang berlaku dalam diriku dan sedikit demi sedikit dan aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan hidayah Allah yang sangat berharga ini. Aku lebih tenang sekarang.
Krinnnngggg.........Krinnnggggg !!
Deringan telefon bimbit yang agak kuat mematikan lamunanku sebentar tadi. Kelihatan nama Ain  tertera di skrin telefonku.
"Assalamualaikum Firza, Jom pergi makan. Kawan yang lain dah tunggu di kafe", Ain mengajakku turun makan ke kafe.
"Waalaikumussalam. Baik  5 minit lagi saya turun," Jawabku kepada Ain.
Aku mematikan telefon lalu bingkas bangun  dari katil menuju ke tandas dan bersiap turun.
Malam itu setelah selesai berusrah bersama kak Iffah,aku kembali ke bilik. Aku mengambil telefon bimbit yang sengaja aku tinggalkan. Di skrin telefon bimbitku terpamer satu pesanan ringkas .
"[Salam Tinta Kasih] Tahniah ! Anda dipilih untuk menyertai team teater kami. Sila sahkan penyertaan dengan datang ke mesyuarat pada pukul 10 malam ini. Sekian ."
Lebih kurang satu jam lagi mesyuarat tersebut akan bermula. Ketika itu aku sedang duduk di meja belajar dan membuat sedikit tugasan yang diberikan oleh pensyarah siang tadi. Jam di meja belajarku menunjukkan lagi 5 minit sebelum pukul 10 malam. Beberapa minit kemudian, aku bangun dan bersiap-siap untuk turun ke bilik mesyuarat kolej.
Seminggu sudah berlalu.  Hampir seminggu aku dan rakan-rakan menghabiskan banyak masa dengan latihan teater. Setiap malam kami akan mengadakan latihan. Hubungan kami dan ahli kumpulan teater tersebut saban hari menjadi semakin rapat. Kebanyakan lelaki yang terlibat dalam teater tersebut berpewatakan agak lembut dan mereka lebih selesa bergaul dengan perempuan berbanding lelaki . Mungkin disebabkan itu, aku dan rakan-rakan jadi rapat dengan mereka berbanding dengan lelaki lain.

Selepas tamat persembahan tersebut, kami sering mengulangkaji pelajaran , makan dan ke kelas bersama-sama. Kami sudah seperti sahabat  karib. Kemana sahaja bersama-sama malah "outing" juga bersama-sama. Jika salah satu dari kami dikacau atau diganggu , kami semua akan pertahankan rakan kami yang diganggu itu. Aku sangat sayangkan persahabatan ini, jika satu hari tidak bergurau senda dengan mereka terasa hari itu seperti tidak lengkap.
Pada satu petang , Zaid salah seorang dari mereka menelefon aku,"Assalamualaikum, Korang free tak petang ni? Jom kita lawan tennis. Hafith dengan Mirza pun ajak sekali ni.
"Waalaikumsalam. Bolehlah. Kitorang pun tengah borak-borak je ni. Bosan juga,"Jawabku.
Selepas saja waktu asar , kami terus bersiap-siap dengan track bottom dan berkasut sukan terus bergegas ke gelanggang. Aku juga sudah tidak sabar nak berentap dengan Zaid dan yang lain.
"Korang warm up dulu tau, pastikan kita dapat kalahkan mamat-mamat tu," Semangatku membuak-buak untuk menang.
"Jangan risau Firza, kita mesti menang lagi kali ni. Diorang bukan pandai sangat pun main tenis ni." Zalfa menjawab dengan selamba.
  Aku tergelak mendengar kata-kata Zalfa yang selamba
Perlawanan sengit berlaku antara kami berlapan dan kemenangan berpihak pada kumpulan aku ,Zalfa, ain dan Lisya. Aku memandang sinis penuh makna pada kumpulan yang kalah dan bersuara, " Zaid Malam nanti jangan buat-buat lupa pula!."
Aku tersenyum sinis dan berlalu pulang bersama rakan-rakan yang lain. Kelihatan muka Zaid agak bengang kerana sudah tiga kali kalah dalam perlawanan tennis, tetapi dia tetap mengukir senyuman  apabila aku menyindirnya .
Makan malam pada malam itu ditaja sepenuhnya oleh Zaid dan rakan-rakannya. Kami bergelak gembira malam itu. Sambil sindir menyindir tentang perlawanan petang tadi. Riuh rendah kafe tersebut dengan suara kami berlapan. Pelajar-pelajar lain yang sedang menikmati juadah makan malam di sekeliling meja kami juga kadang kala mencuri pandang kearah meja kami. Mungkin kami mengganggu ketenangan mereka untuk makan.
"Eh sekarang da pukul 9.50 lah.", Tiba-tiba Lisya bersuara sambil matanya memandang kearah jam tangan casionya.
"Kenapa kalau dah pukul 9.50 Lisya?", Aku bertanya penuh hairan.
"Eh Firza, awak tak ingat ke? Kan malam ni kita ada usrah pukul 10. Hah lupa la tu," Jawab Lisya seakan cuba mengingatkanku semula.
"A'ah lah. Tu lah gelak sakan sampai terlupa. Jom lah kita pergi. Lagi 10 minit je. Zaid, kami gerak dulu ye.  Ada hal"
Kami berempat bingkas bangun dan meninggalkan meja yang masih riuh rendah dengan suara "Zaid and the geng".
Malam itu , mata aku susah untuk dilelapkan. Fikiranku berlegar-legar memikirkan perbincangan kami semasa usrah tadi. Tajuknya "Batas Pergaulan".
"Kak Iffah , Kalau lelaki tu lembut dan dia banyak berkawan dengan perempuan macammana? Tak boleh ke kita berkawan rapat?", Aku bertanya dengan penuh tanda tanya.
"Walau dari perwatakan atau lahiriahnya ada sedikit "keperempuanan" tetapi batinnya tetap lelaki dik. Tetap bernafsu pada kaum wanita. Takkan lah nanti dia akan berkahwin dengan lelaki pula. Hukumnya tetap sama seperti lelaki ajnabi yang lain." Jelas kak Iffah ringkas tetapi aku dapat memahaminya.
Aku tak boleh terus begini. Mungkin selepas ini aku dan rakan-rakan perlu jarakkan hubungan persahabatan dengan Zaid dan rakan-rakannya. Betul kata Kak Iffah, walau apa pun alasannya, mereka tetap lelaki. Mereka tetap ada perasaan terhadap wanita. Aku terasa malu dengan diri sendiri dan Allah s.w.t. Mungkin hubungan rapat kami berlapan  boleh menimbulkan fitnah oleh orang sekeliling kami terutamanya rakan-rakan sekelas.
Esoknya aku berbincang dengan semua rakan-rakanku , Ain, Lisya dan Zalfa.  Mereka pun berperasaan seperti aku juga. Kami berasa sangat serba salah . Tiap-tiap minggu kami mengikuti usrah tetapi di luar kami tetap bergaul mesra dengan lelaki ajnabi.  Kami sangat menyesal atas apa yang berlaku. Rupa-rupanya banyak mulut yang sudah mengatakan perihal kami berlapan.
"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami yang baru melangkah mencari sinar iman ini Ya Allah. Jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk kepada kami Ya Allah. Amin."
Malam itu adalah kertas peperiksaan terakhir kami pada semester pertama ini. Alhamdulillah, Aku dapat menjawab dengan tenang begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Dalam perjalanan keluar dari dewan, kami terserempak dengan Zaid dan rakan-rakan. Sudah kebiasaannya mereka akan menunggu aku dan rakan-rakan selepas habis kelas.
"Firza, kenapa laju sangat nak balik. Jom lah "open table" (pergi makan) malam ni. Dah habis exam kan," Tegur Zaid lantang dari jauh.
"Maaf Zaid, Aku tak boleh, " Aku menjawab dengan nada perlahan dan aku rasa sudah cukup membuatkan Zaid faham.
Sedih meruntun hatiku dikala itu. Sudah satu semester kami sering bersama dan bergelak ketawa. Pelbagai masalah kami akan kongsi bersama. Segala kenangan bersama terimbas di layar minda ku ketika itu, datang silih berganti. Tetapi aku perlu kuat dan tabah. Sekarang , aku perlu relai semua ini untuk menjaga ikhtilat sesama mukmin. Aku dan rakan-rakan juga perlu sedar yang kami sudah ditarbiah. Sampai sahaja di bilik, aku menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat taubat. Aku meminta ampun kepada Allah s.w.t atas segala kekhilafan diri selama ini. Aku memohon agar Allah memberi aku dan rakan-rakanku kekuatan untuk terus istiqamah menjaga diri dari lelaki yang bukan mahram kami. Moga Allah memperkenankan doa kami. Amin..

Tuesday 14 June 2011

Erti Kejayaan

Semua orang ingin berjaya. Orang kaya ingin berjaya. Orang miskin ingin berjaya. Ahli perniagaan ingin berjaya. Guru ingin berjaya. Doktor ingin berjaya. Cuma kejayaan yang ingin dicapai mereka itu adalah berbeza.
Menurut Kamus Dewan:
Kejayaan membawa maksud kemenangan atau berhasil mencapai kemajuan dan cita-cita
Menurut Pandangan Ahli Falsafah:
Kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu dalam hidup tanpa mengganggu hidup orang lain.

Kejayaan membawa makna yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, kejayaan merupakan keinginan yang telah tercapai seperti kaya, mashyur, dan pangkat. Bagi sesetengah individu pula makna kejayaan ialah kedamaian, keluarga dan kepuasan hati. Seterusnya ada juga individu merasakan diri mereka telah mencapai kejayaan dengan berkhitmat sebagai ahli sukarelawan, guru atau mubaligh.
Ciri-ciri orang berjaya yang disebutkan di dalam Surah Al-Mukminun :
1. Beriman kepada Allah
2. Menunaikan solat dengan khusyuk
3. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia
4. Mengeluarkan zakat
5. Menjaga kehormatan diri
6. Menunaikan amanah dan janji
7. Menjaga waktu-waktu solat
Allah tidak menilai berjaya atau binasa seseorang itu pada pada pangkat atau ijazah yang dimilikinya akan tetapi ketaqwaannya. Jika ilmu yang dicari dan kejayaan yang diperolehi hanya sekadar untuk kepentingan duniawi, sesungguhnya ada perkara yang lebih penting darinya.
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ 1 ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ 2 وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ 3 وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ 4 وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ 5 إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ 6
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
(Surah Al-Mukminun 23: Ayat 1-6)


Berakhirnya Sebuah Pertemuan

Kringggg!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat baru bermula. Pelajar-pelajar lain sudah  keluar dari kelas masing-masing dan mula membanjiri kawasan kantin sekolah.
Irna hanya mampu menenangkan sahabatnya di sebelah. Dia tahu betapa menderitanya sahabat baiknya itu, namun sebagai insan biasa dia tidak berdaya memberikan bantuan. Hanya sokongan dan semangat yang mampu dihulurkan kepada insan setabah sahabatnya.
"Iman, jom kita pergi kantin. Iman makan sikit. Nanti Iman kena makan ubat," pujuk Irna walaupun dia tahu sahabatnya itu akan  menolak. Muka Iman yang pucat lesi ibarat tidak berdarah itu menggigit tangkai jantungnya. Sungguh, dia tidak kuat melihat keadaan sahabatnya sebegitu. Tanpa disedari kolam matanya pecah juga. Ada tangisan halus yang mengiringi air mata tersebut.
"Irna, kenapa ni? Janganlah menangis. Iman tak nak kawan-kawan Iman menangis sebab Iman. Lebih-lebih lagi Irna, sahabat baik Iman dunia akhirat, Insya-Allah," hati Iman bergetar menahan sendu yang berlabuh. Dia tahu perasaan Irna tika itu, namun sebagai hamba Allah yang hanya menumpang di dunia fana ini, dia akur dan pasrah atas segala takdir.
***********
Perkenalan mereka semenjak minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru membuahkan persahabatan yang kekal hingga ke hari ini. Mereka amat serasi bersama memandangkan mereka banyak berkongsi minat yang sama. Hidup yang suram gara-gara terpaksa berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga akhirnya diwarnakan dengan suka duka dalam bersahabat. Iman dan Irna sangat bersyukur kerana Allah telah mempertemukan mereka berdua.
Ramai kawan mereka kagum melihat persahabatan mereka berdua. Keakraban mereka yang boleh diibaratkan sebagai isi dengan kuku itu menyebabkan ramai yang menggelar mereka sebagai adik beradik. Segala susah senang, sakit perit mereka dirasakan bersama. Andai salah seorang daripada mereka sakit, seorang lagi akan turut sakit menahan sebak di hati.
Irna termenung lagi. Sejak akhir-akhir ini dia semakin bimbang akan kesihatan Iman. Jika dahulu sahabatnya itu seorang yang ceria, kini segalanya seakan berubah. Walaupun ada senyuman yang terukir di bibir Iman, dia tahu segala derita yang ada di sebaliknya. Dia cuba berlagak tenang dan kuat ketika berhadapan dengan Iman tetapi jauh di lubuk hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
"Iman, tadi Cikgu Athirah ada pesan, kalau Iman sakit, jangan paksa diri pergi kelas, kalau ada apa-apa berlaku susah. Irna tak nak something happen kat Iman," kata-katanya hanya dijawab dengan pandangan mata Iman. Seperti biasa Iman hanya membiarkan bibirnya dihiasi dengan senyuman ikhlas yang selalu diukirkannya.
"Irna, insya-Allah, Iman pun tak nak something bad happen, tapi kita kena ingat, walau apapun yang telah berlaku atau yang akan berlaku, segalanya datang daripada Allah. Kita kena terima dan redha," nafasnya ditarik perlahan sebelum kembali berkata-kata.
"Irna, maafkan Iman ya, sebab dalam tempoh setahun ni Iman banyak menyusahkan Irna, dan terima kasih jugak sebab Irna selalu ada di sisi Iman. Jasa dan pertolongan Irna selama ni mungkin Iman tak sempat nak balas, hanya.."
"Iman, janganlah cakap macam ni. Iman tak menyusahkan Irna pun," Irna pantas memintas kata-kata sahabatnya itu. Dia tidak sanggup untuk mendengar bait-bait kata yang ingin disampaikan oleh Iman.
***********
Seperti biasa keluarga Iman akan datang melawat pada hujung minggu. Irna pula akan menemani Iman. Hubungan Irna dengan keluarga Iman juga semakin baik hari demi hari. Ibu dan ayah Iman sangat berterima kasih kepada Irna kerana telah banyak menolong dan memberikan kata-kata semangat kepada anak perempuan tunggal mereka. Hati ibu mana yang tidak sebak apabila melihat penderitaan si anak. Kalau diikutkan hatinya, ingin sahaja dia menjaga Iman sepenuh masa tetapi dia tidak berdaya. Memandangkan Iman bersekolah di sekolah berasrama, mereka sekeluarga pasrah. Namun, mereka bersyukur sekurang-kurangnya Iman mempunyai seorang sahabat yang baik seperti Irna.
"Iman, Iman dengar cakap ibu sayang," ada titis air di tubir mata ibunya.
"Iman mesti jaga diri Iman baik-baik tau. Ubat tu mesti makan. Kalau Iman sakit, beritahu ibu, beritahu warden. Kalau boleh ibu nak sangat jaga Iman. Ibu sedih tengok anak ibu tanggung sakit sorang-sorang," pelukan dieratkan diiringi dengan tangisan yang berpanjangan. Irna yang tidak dapat menahan kesedihannya juga turut menitiskan air mata . Begitu juga dengan ayah dan adik-beradiknya.
"Ibu, insya-Allah, Iman akan dengar nasihat ibu tapi ibu kena janji dengan Iman. Ibu janganlah nangis. Iman tak sanggup tengok ibu nangis sebab Iman. Ayah, jaga ibu baik-baik. Jangan bagi ibu lemah semangat, boleh ayah? Ibu?" ibu dan ayahnya hanya mampu mengangguk lemah.
"Irna, terima kasih atas segala-galanya. Ibu harap Irna boleh tolong tengok-tengokkan anak ibu. Kalau ada apa-apa berlaku, tolong beritahu ibu ye," Irna mengangguk perlahan seraya tunduk menyalami tangan milik ibu Iman. Hubungan yang baik antara mereka menyebabkan ibu Iman tidak segan membahasakan dirinya sebagai ibu dengan Irna.
*****************
"Iman, kenapa ni? Iman sakit lagi ke?" Irna semakin risau melihat keadaan Iman yang semakin teruk. Dia mula hairan dan bimbang jika ada sesuatu yang akan menimpa Iman.
"Iman, jom kita pergi hospital. Irna tengok Iman dah teruk ni, selalu je sakit kepala, muntah-muntah, kita pergi hospital ok?" Irna sudah tidak mampu berlembut dengan Iman. Sudah banyak kali dia cuba memujuk Iman untuk pergi ke hospital. Namun jawapannya tetap sama.
"Irna, Iman okeylah. Cuma sakit kepala biasa je ni. Nanti lepas makan panadol okeylah," Iman hanya senyum segaris.
"Tak boleh. Hari ni Iman kena dengar juga cakap Irna. Kita mesti pergi hospital hari ni. Iman tunggu sekejap. Irna nak inform  kat warden," pandangan Iman mengiringi langkah sahabatnya.
"Dah lama ke sakit ni?" doktor di hadapan memulakan bicara sambil mencatat sesuatu dalam buku laporan kesihatan.
"Ermm, agak lama jugak la, tapi dulu tak sakit macam ni. Sekarang ni sakit sangat-sangat. Kadang-kadang tak boleh nak tahan," Irna menggengam erat tangan sahabatnya. Dia berdoa agar tiada perkara buruk yang akan berlaku.
"Selera makan macam mana? Okey?"
"Entahlah doktor tapi sekarang ni memang tak boleh makan sangat, selalu je tak ada selera," doktor mengangguk perlahan sambil meneruskan catatan.
"Ermm doktor, maaf mencelah, tapi saya nak tahu kenapa hidung Iman berdarah. Kadang-kadang gusi pun sama," doktor mula memandang Iman.
"Kita buat blood test dulu, nanti kita tengok macam mana," Iman dan Irna saling berpandangan. Mereka mula merasakan seakan ada sesuatu yang tidak kena.
**************
"Iman, saya harap Iman akan bersabar, mungkin apa yang bakal saya sampaikan terlalu susah untuk diterima, tapi saya yakin Iman seorang yang kuat,"
Berita yang disampaikan oleh doktor agar sukar untuk diterima. Sudah kering air matanya mengenangkan perkara tersebut. Namun, dia beristighfar panjang. Iman sedar segalanya telah ditentukan oleh Allah Pencipta Alam. Dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Akhirnya dia redha atas segala-galanya.
"Hasil dari blood test yang telah dibuat, saya dapati Iman menghidap penyakit leukemia," Iman dan Irna sangat terkejut dengan berita yang dikhabarkan. Bagaikan hendak luruh jantung mereka. Iman hanya mampu memandang Irna dengan pandangan kosong yang sukar untuk ditafsirkan.
"Pada mulanya saya ingatkan result tu salah. So saya dah buat test tu 2 kali dan hasilnya memang positif. Saya harap Iman banyakkan bersabar ya," doktor itu dapat melihat kesedihan yang terpancar di wajah mereka. Lidah mereka juga kelu untuk berbicara, mungkin masih terkejut dengan berita yang diterima.
"Penyakit ni dah peringkat kedua, dan mungkin kejam kalau saya cakap penyakit Iman ni dah nak sampai peringkat ketiga,"
"Kalau kita dapat kesan dari awal-awal, mungkin sempat untuk kita berikhtiar. Iman akan selamat kalau ada sum-sum tulang yang sesuai, tapi sekarang ni, agak susah untuk kita dapatkan sum-sum tulang yang sesuai, tapi insya-Allah, tak mustahil untuk sesuatu berlaku jika diizinkan oleh Allah,"
"Iman, Iman!!" Irna hairan melihat Iman yang jauh termenung. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh sahabat baiknya itu. Setiap kali dia melihat wajah pucat Iman, pasti rasa sedih bertamu di hatinya. Sebagai hamba Allah yang lemah, dia hanya mampu berdoa agar sahabatnya itu diberikan kekuatan dan dipanjangkan umur.
"Eh, Irna, maaflah, Iman tak perasan tadi," Iman tersedar.
Dia tahu dia harus kembali ke alam nyata. Berita tentang penyakitnya yang diterima sejak hampir setahun yang lalu sering mengganggu ketenangannya. Bukan dia tidak menerima takdir Allah tapi dia takut. Dia takut untuk menghadapi sakaratul maut. Bagi dirinya, bila-bila masa sahaja Malaikat maut akan menjemputnya kembali kepada Yang Esa. Mungkin esok, minggu depan dan mungkin juga tahun hadapan. Memikirkan hal itu, dia dirundung kesedihan.
Dia sedih kerana andainya telah ditakdirkan dia akan pergi dalam tempoh terdekat ini, dia sudah tidak dapat sujud kepada Allah Ta'ala, dia tidak lagi dapat berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya. Dia juga takut apabila memikirkan adakah cukup amalannya selama ini untuk dihadapkan di hadapan Allah.
"Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa ibu bapaku, dosa-dosaku, dosa seluruh ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dosa muslimin serta muslimat. Kau matikanlah aku dalam iman dan Islam," detik hatinya.
********************
"Assalamualaikum, Irna," hati Irna berdegup kencang sebaik sahaja menerima panggilan ibu Iman.
"Waalaikumussalam, ibu, kenapa ibu, Iman sakit ke?" Irna semakin gelisah apabila terdengar esakan halus dari corong telefon. Dia tahu ibu sedang menangis.
"Irna, boleh tak Irna datang ke rumah ibu sekarang. Iman, nazak,"
Irna segera bertolak ke rumah Iman bersama-sama kedua-dua ibu bapanya. Perjalanan selama sejam lebih itu dirasakan bertahun lamanya. Air matanya tidak berhenti mengalir. Sedaya upaya dia menahan perasaan agar bersabar tetapi dia tidak mampu. Dia tidak mampu untuk memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Dia masih ingat pandangan Iman sewaktu hari terakhir persekolahan sebelum cuti penggal bermula. Pandangan Iman tika itu memang sukar untuk dimengertikan. Hanya air mata duka yang mengiringi perpisahan mereka saat itu. Kata-kata maaf yang diungkapkan oleh Iman juga masih segar di ingatannya.
"Irna, maafkan Iman ye. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat baik Iman. Irna mesti ingat, walau apapun yang berlaku, Irna mesti tabah. Terima takdir Allah seadanya, dan satu lagi, jangan biarkan hubungan Irna dengan ayah dan ibu terputus seandainya Iman pergi dulu. Satu perkara yang Irna kena ingat, Iman sayang Irna, sayang sangat-sangat,"
Irna tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis lagi. Kata-kata Iman tempoh hari betul-betul mengganggu fikirannya.
*****************
"Assalamualaikum," dengan lemah salam diucapkan. Langkah Irna lemah tidak bermaya. Kedatangannya disambut dengan tangisan dan pelukan ibu Iman. Dia dapat merasakan betapa eratnya pelukan itu. Hatinya pedih, jantungnya pula seakan berhenti berdegup.
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya apabila melihat seorang sahabat yang selama ini berkongsi susah senang dan suka duka bersamanya sedang terbujur kaku. Fikirannya ketika itu kosong. Bukan senang untuk menerima kenyataan itu. Kenyataan yang ternyata pahit untuk ditelan. Namun, dia pasrah dan redha dengan takdir Allah. Sebagai hamba Allah yang beriman, dia mesti kuat dan bersabar menghadapi ujian hidup. Kata-kata arwah Iman kembali menerpa ingatannya.
"Irna, maafkan Iman ye. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat baik Iman. Irna mesti ingat, walau apapun yang berlaku, Irna mesti tabah. Terima takdir Allah seadanya, dan satu lagi, jangan biarkan hubungan Irna dengan ayah dan ibu terputus seandainya Iman pergi dulu. Satu perkara yang Irna kena ingat, Iman sayang Irna, sayang sangat-sangat."
"Insya-Allah Iman. Irna mesti kuat. Irna mesti tabah dan Irna pun sayangkan Iman. Sayang sangat-sangat," getus hatinya.
************
Arwah Iman sudahpun selamat dikebumikan. Perasaan sedih masih setia bertamu di hatinya. Dia masih ingat betapa susahnya untuk mencium dahi arwah Iman gara-gara air matanya yang tidak henti-henti mengalir. 'Sejuk'. Itulah yang dirasakannya  sewaktu mencium dahi arwah buat kali terakhir.
"Irna," dia tersedar dari lamunan. Ibu Iman di sebelah dipandang sayu. Apalah sangat kesedihannya jika dibandingkan dengan kesedihan seorang ibu yang kehilangan anaknya. Irna dapat melihat tubir mata ibu Iman masih digenangi air jernih.
"Ya ibu," tangan si ibu digengamnya seerat mungkin.
"Ibu jumpa surat ni atas meja arwah, untuk Irna," dalam sebak ibu Iman menuturkan kata-kata.
Tangannya terketar-ketar semasa membuka lipatan surat itu. Surat terakhir daripada seorang sahabat. Tanpa dapat ditahan, kolam matanya pecah lagi. Bagaikan baru semalam mereka dipertemukan, kenangan mereka bersama masih segar di ingatan.
Buat sahabatku Irna.
Assalamualaikum,
Iman bersyukur sangat-sangat sebab Allah telah mempertemukan kita, walaupun pertemuan kita hanya sekejap cuma tapi Iman tetap berterima kasih kepada Allah sebab melalui Irna, Iman berpeluang mengenali erti sahabat sejati Irna. Maafkan Iman atas segala kesilapan yang pernah Iman lakukan sepanjang persahabatan kita. Sebenarnya Iman pun dah tak tahu nak tulis apa. Kepala Iman sakit sangat ni tapi Iman tak nak tinggalkan Irna tanpa kata. Kalau boleh Iman nak sangat jumpa Irna. Takut nanti tak sempat. Mungkin sekarang ni Iman dah dipanggil menghadap Ilahi. Kalau boleh, Iman nak tengok Irna sebelum kita berpisah buat selama-lamanya tapi Iman juga nak minta maaf kalau Irna hanya sempat tengok jasad kaku Iman. Bukan Iman nak tapi ingatlah mati itu pasti bagi setiap manusia. Iman harap, Irna akan bersabar. Tolong doakan Iman di sana ye. Sebenarnya, Iman takut sangat Irna. Iman takut mati. Iman takut amalan Iman tak cukup tapi apakan daya Iman, Iman dah tak boleh nak buat apa kalau dah takdir Iman akan pergi dulu. Cuma Iman harap Irna teruskan impian kita untuk jadi wanita solehah. Gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Laksanakanlah ibadah dan perintah Allah selagi masa masih ada sebab kita tak tahu bila sebenarnya ajal maut kita. Ingatlah sahabatku, kematian tidak akan menunggu sehingga seseorang itu bersedia untuk menghadapinya.
Buat tatapan Irna, Iman sempat tuliskan lirik lagu nasyid yang kita suka. Hayatilah setiap bait kata-kata yang ada pada lirik ni. Akhir kata doakanlah Iman di sana. Wassalam.
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau nsanea rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Surat itu dilipat kembali. Matanya basah dengan air mata.
"Ya Allah, kau tempatkanlah sahabatku dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin," doanya di dalam hati.
"Semoga Syurga menjadi milikmu, sahabatku. Walaupun pertemuan kita di dunia fana ini telah berakhir, Irna berdoa agar kita dipertemukan kembali di Jannah-Nya. Amin."

Sunday 12 June 2011

Antara Safa dan Marwah

Ini kisah teganya hati seorang ibu meninggalkan anak yang baru berusia enam bulan; dan teguhnya hati sang anak mencari umi yang menghilang itu.
Kenapa ya sejak akhir-akhir ini hati semakin kerap dioles rindu pada umi? Mungkin sebab dia berada jauh dari Jeddah. Atau Masjidilharam tidak sedekat dulu untuk dijadikan tempat menenteramkan jiwa. Atau umi sudah terlalu hampir sehingga baunya boleh dihidu oleh panca keenamnya?
Di mana nak dicari di Malaysia ini, seorang wanita bermata biru-hijau dan berumur sekitar lima puluh tahun.  Ah, dia rindu sangat pada umi.
Ini cerita seorang perempuan yang terpaksa membuat pilihan hati – Muaz yang disukai ayahnya, Faisal lelaki berambut perang yang dulunya membenci kaum Hawa atau Hizbul yang pernah melukakannya tapi kini kembali menagih hatinya. Dia buntu!
* * * *
ISMAD ASTAR mengajak pembacanya ‘berhijrah’ untuk kehidupan yang lebih bermakna. Antara Safa dan Marwah memperlihatkan kasihnya ayah juga membawa ke syurga.

Bintang Bintang ke SYURGA

Urusan ini perutusan cinta.
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang  kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.
Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?
* * * *
Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yang berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi.

Saturday 11 June 2011

Rindu YUSUF Cinta ZULAIKA


Dia diijabkabulkan dalam usia yang masih terlalu muda. Namun ianya bukanlah satu penyesalan, kerana dia menyimpan cinta mendalam terhadap Yusuf Hakimi. Status seorang isteri baginya adalah status yang sewajarnya dihormati. Dia nekad untuk menjadi isteri solehah, yang dijanjikan Allah menapak ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.
Tapi kewujudan Intan Juliana dalam rumah tangga mereka bagaikan api dalam sekam, membakar dalam diam. Kenapa suaminya perlu memilih seorang perempuan sebagai teman baiknya? Kenapa?

Rasa rendah diri kerana belum mampu melahirkan bayi comel dalam rumah tangga semakin menekan perasaan. Dan, kehadiran Johan yang memintanya agar membenarkan suaminya berpoligami menghakis sabarnya selaku isteri, yang goyah statusnya. Hidupnya terumbang-ambing. Bahagianya sirna. Lalu bagaimanakah cara untuk dikembalikan semula bahagia itu dalam hidupnya?

Benarkah Yusuf pasangannya Zulaika?

LA TAHZAN

Buku ini merupakan hasil kajian bersungguh-sungguh dari penulis yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusasaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.

Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahlu hikmah dan tuntunan para ulama.

Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberoa hasil karya ilmiah dari para ilmuwan Timur dan Barat, terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya.

Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringka. Ringkasnya, buku ini akan mengatakan kepada anda: "Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan jangan bersedih"

ADAM & HAWA

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan,timbul prasangka buruk,menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam di-pertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati taktertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Jaja & Din


Cinta pandang pertamakah ini...
Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
=A=  katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B=  rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C=  kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D=  segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan
cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!
Implikasinya:
Abah dan uminya rasa
[♪¿∫∞Ωπ䮉¾]
Alahai, anak abah ni,  awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?
Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami.  Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’  macam Din nanti?
rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...

Sakit Hati, Tulang Sendiri???

WANITASiapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKIKamu!!!
WANITAMenurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan  masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: belum
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....
Nota Kasih Sayang :
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah,  apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...