Ya Allah please grant me an ever-lasting patience

Sunday 13 November 2011

Bait-bait indah ^^

Bersihkan Jiwamu Dahulu,
Pasti Tuhan Akan Membantumu !


Orang yg bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan ALLAH,
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya,
Jika mendapat ujian kesusahan,hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang."
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku."
"Moga -moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat."


Tatkala dirinya mendapat nikmat
dia berasa malu dengan Tuhannya
kerana berasa dirinya tidak layak
menerima nikmat itu.


Hatinya gelisah 
"Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini ?
Apakah untuk aku bersyukur atau kufur ? "


Cemas jiwanya , gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya.


Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya , dia redha,
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan ALLAH 
Kerana dia tahu Tuhan lebih Maha Bijaksana
Mentakdirkan segala sesuatu.


Apabila disusahkan orang,
terus teringat akan dosanya,
"Kerana dosa akulah , aku disusahkan ,"
Dia tidak berdendam,bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan.


Nikmat Tuhan disyukuri,pamberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya dengan kebaikan.
Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya,
bila-bila waktu sahaja akan menjemput.


Dia gelisah dengan dosa , amal ibadahnya 
kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya.


Kakinya didunia namun hatinya sentiasa bersama ALLAH
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat ...
dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya.


Begitulah hati orang yang bersih dengan TUHANNYA (ALLAH)



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...