Ya Allah please grant me an ever-lasting patience

Wednesday, 7 December 2011

Remaja & Cinta - Apabila Meminati Seseorang

Assalamualaikum n ello ello to all readers :)


Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.
Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.
"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.
"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"
"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."
"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"

"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".
"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"


************************
Dilema?
Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?
ATAU
Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?
ATAU
Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?
**********************
Apa pilihannya? Keliru?
Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.
Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.
Apa yang penting?
Kesucian jiwa. 
"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)
Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.
Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.
Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.
***********************


Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.

Tuesday, 6 December 2011

Si Polis Cinta ♥

Assalamualaikum n ello ello to all readers :)

 hari ni ashikin nak kongsi satu cerita,cerita ni ashikin curi dalam sebuah buku motivasi yang berjudul Bercinta Sampai ke Syurga..buku ni juga merupakan sambungan daripada buku Aku Terima Nikahnya,penulis buku ni ialah Hasrizal Abdul Jamil @ saifulislam.com ..


ada manusia memandang cinta dengan pandangan mata biasa.Cinta mungkin remeh di pandangannya kerana terlepas pandang berkaitan dengan "kuasa cinta".. 




“Ingat neraka! Kau tak takut neraka ke?” sms seorang siswi kepada teman sekuliahnya.
“Haram! Haram! Bercouple itu haram!” bentak seorang yang lain.
Ada sekumpulan warga kampus yang kerjanya adalah menyerang orang bercinta. Serangan mulut, serangan kasut, serangan sms, serangan surat layang! Mereka pantang melihat orang bercinta dan bercouple. Tersirap darah dan berasap telinga setiap kali sampai ke pengetahuan mereka, ada kenalan yang bercinta.
Mereka adalah pembanteras cinta.
POLIS CINTA!


AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR
Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar memang tanggungjawab kita bersama.
Benar sekali.
Perkara-perkara yang salah dan mendurhakai Allah tidak harus dibiarkan. Apabila Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan manusia agar menjauhkan diri daripada zina, maka perintah itu bermaksud bukan zina sahaja yang menjadi isu, malah tindak tanduk serta perbuatan yang menjurus kepada zina juga harus dihindarkan.
Zina dan maksiat itu berunsurkan ketagihan dan berjangkit. Pantang disentuh, sulit sekali mahu melepaskannya.
Budaya mabuk cinta, berdua-duaan di sana sini memang membimbangkan. Salahnya perbuatan itu bukan subjek yang memerlukan banyak perdebatan. Yang Halal itu jelas, yang Haram juga jelas.
Namun keghairahan pasukan POLIS CINTA yang begitu emosional menyerang warga sekitarnya hingga kelihatan bagai ada yang tidak kenal, sungguh menghairankan. Semenjak saya menulis dua tiga artikel tentang keburukan pergaulan bebas dan bercinta tanpa asas Taqwa, saya menerima begitu banyak email daripada POLIS CINTA yang meluahkan rasa muak dan bencinya mereka kepada orang-orang yang bercouple di kampus. Saya cuba untuk tidak berprasangka, tetapi bahasa-bahasa kesumat itu menimbulkan keraguan di hati saya tentang motif mereka menyerang cinta.
Apakah berkepit-kepit itu masalah yang sebenar (real problem), atau ia hanya masalah yang diperlihatkan (presenting problem)? Apakah tidak pernah kita bayangkan bahawa ia hanya tip of the iceberg? Bahawa masalah kita bukan sekadar masalah anak muda gila bercinta, tetapi gila bercinta itu hanya simptom kepada krisis yang lebih besar lagi serius!
Jika kita hanya mahu memuaskan hati sendiri dengan menghamburkan kemarahan kepada anak-anak muda yang bergelumang dengan dosa ini, kita bisa sahaja terus menerus marah. Sama ada marah secara bertanggungjawab dengan bersemuka, atau mengambil jalan kotor dengan melayangkan surat-surat atau sms amarah dari atas dan bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang.
Menyapu amarah dengan amarah.
Namun, jika kita ada nilai empati, cuba untuk memahami masalah sebenar berbanding apa yang sekadar terlihat di mata, usaha membasmi budaya pergaulan bebas dan cinta murahan, memerlukan setiap da’ie untuk melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Apa yang dimahukan, bukan sekadar kemungkaran yang disanggah, tetapi diUBAH kepada kebaikan.

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]
Kemusykilan perilaku anak muda khususnya yang bersabit dengan cinta, hakikatnya adalah produk kepada sistem nilai mereka, cara mereka memandang kehidupan serta akidah kepercayaan yang tertanam di jiwa. Dalam suasana hakisan akidah umat hari ini, soal keghairahan anak muda bercinta, kepasrahan mereka membiarkan cinta menghancurkan diri dan kehidupan, adalah perkara-perkara yang berada di dalam jangkaan kita.
Justeru wahai pendakwah, sebelum menggari tangan manusia yang mabuk cinta, ketahuilah bahawa usaha untuk membetulkan tingkah laku usaha harus bersifat inside-out, dan tidak sekadar carrot and stick dari luar ke dalam.



Untuk mengembalikan kelompok anak muda yang dibius cinta hingga buta terhadap dosa, bukanlah dengan berleter soal cinta. Sistem nilai mereka harus dibetulkan, cara memandang mereka mesti diluruskan, akidah dan kepercayaan mereka mesti dimurnikan.
Ada manusia memandang cinta dengan pandangan mata biasa. Cinta mungkin remeh di pandangannya kerana terlepas pandang berkaitan dengan ‘kuasa cinta’. Ada manusia yang memandang cinta dengan pandangan akal. Cinta dianggapnya sebagai tindak balas kimia, perlu untuk kesejahteraan dan perkembangan tamadun manusia. Sungguh berfalsafah dan ilmiah pandangan ini, tetapi ia sepi dari sentuhan rasa (emosi).
Segelintir manusia melihat cinta dengan hati dan iman, dan kegagalan menggunakan mata, akal dan hati untuk melihat, pasti berakhir dengan melihat cinta dengan pandangan nafsu.
Benar sekali kata bijak pandai, “WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET”.
Dan benar sekali sambungan bidalan itu, “WHO YOU ARE DETERMINES HOW YOU SEE”.
Manusia yang mabuk cinta harus kembali disedarkan tentang siapa diri mereka. Membangkitkan jiwa seorang hamba adalah agenda besarnya. Agar dengan jiwa hamba itu, pandangan hidupnya akan melihat kehidupan ini sebagai sebuah kehambaan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’aala. Lalu, apa yang selayaknya untuk seorang hamba, itulah yang menjadi pilihannya. Apa yang penting di sisi Tuannya (Tuhannya), pentinglah ia di sisi si hamba ini.
Itulah sistem nilai. Pegangan manusia tentang apa yang baik, berguna, bermanfaat dan seterusnya berharga dalam hidup ini. Jika seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang asyik maksyuk bercinta tidak mempunyai sebarang keinginan terhadap ganjaran akhirat, tidak punya sebarang kegerunan terhadap balasan akhirat, bisakan cintanya yang lazat itu dibuang untuk mengejar kelazatan yang jauh di alam Sana. It doesn’t make sense!


SEMINAR USTAZ CINTA
“Apalah ustaz, koman betul. Ceramah tentang cinta!” usik seorang teman.
Sulit untuk saya jelaskan.
Biar pun sudah banyak kali saya dipanggil mengisi ’seminar pengurusan cinta’, ia bukanlah deklemasi ayat-ayat cinta yang mengheret pesertanya terbang ke langit sembilan. Cinta itu tajuk yang catchy, tetapi hakikatnya ia adalah sebuah agenda mengubah dari dalam ke luar. Mengubah kepercayaan, mengubah pandangan hidup dan mengubah nilai pegangannya. Biar pun langkah-langkah itu perlahan, ia adalah perlahan yang menjadi keperluan.
Itu untuk saya.
Manakala bagi polis-polis cinta yang begitu ghairah menyerang golongan yang dikategorikan sebagai bermasalah ini, ketahuilah bahawa tiada jalan pintas untuk membetulkan keadaan ini. Teruskan langkah-langkah banteras yang anda lakukan, namun jangan sisihkan proses membetulkan mereka secara dalam ke luar. Lapangkan dada, sabarkan jiwa, kayakan hikmah, ikhlaskan hati, niatkan segalanya kerana ALLAH… bukan pemuas nafsu amarah.

88_21-22
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan itu) [al-Ghasyiyyah 88: 21-22]







Monday, 5 December 2011

True Friendship




True friends are for life
 Until the end
 They're more than special
 They're your bestest friends. 

 They're the ones you can go to
 When you're in despair
 The ones that'll help you
 Even when you got gum in your hair!

 They're the ones who'll laugh
 And go laughing with you all through the night 
 The ones who'll help you
 Help you with all their might

 To have a good friend
 You have to be one
 So be nice to one another
 So you can be friends forever
 And that\'s how to be the best friend you can be.





dari-Nya kita datang kepada-Nya juga kita kembali

Assalamualaikum n ello ello kpd semua pembaca :)


ashikin nak kongsi cerita sedey ,hari ni ashikin dpt tahu ada dua orang hamba ALLAH yang kembali ke rahmatullah iaitu cikgu sekolah ashikin,En Anuar bin Ismail dan adik kpd KFCM,Mohd Amirul Izzat Che Mat..."innalillahi wainna ilahirajiu'n..."(dariNya kita datng dan kepadaNya kita kembali ),ungkapan itu je yang terlintas dalam hati ashikin sewaktu menerima berita tersebut,arwah cikgu ashikin meninggal petang tadi akibat sesak nafas,dengar citer arwah amirul izzat meninggal jam 11:30 pagi tadi sbb demam denggi..setiap yang hidup pasti akan pergi kita yang masih hidup ni kena teruskan kehidupan tapi kenalah berlandaskan jalan yg betul iaitu jalan ALLAH,,kesian KFCM,sejak kebelakangan ni sering dpt gosip dgn perempuan,hari ni dia kehilangan adik yg tersayang,harap KFCM tabah dan bersabar,ini adalah ujian daripada ALLAH ,kita kena redha dengan qada' dan qadarNya...pasal cikgu ashikin pulak,ashikin memang terkejut dan macam takpercaya arwah pergi,arwah memang seorang cikgu yang baik ,walaupun arwah takpernah ajar ashikin tapi ashikin tahu yg arwah memang seorang guru yang baik dan tak garang,,sesungguhnya jodoh,ajal maut semuanya hanya ALLAH yang tahu,,semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz lagi,dan nama mereka sudah tertulis pada helaian daun dan daun itu akan gugur pada hari ini,,kita pula bagaimana??bila pulak masa kita??kita tak tahu kan..oleh itu sepanjang hayat kita masih ada,banyakkanlah amal ibadah kpd ALLAH walaupun kita masih muda remaja,nak berseronok?seronoklah,,takde siapa yang nak marah kerana kita ni hanya manusia biasa yang inginkan kebahagiaan tapi janganlah mencari kebahagiaan hingga terlupa tanggugjawab sebagai seorang hamba ALLAH..kalau nak lebih bahagia,rebutlah cinta ALLAH kerana cintaNya paling bahagia dan kekal abadi selamanya....okay lah itu je yang ashikin nak kongsikan hari ni,sebelum tu sama2 lah kita sedekahkan Al Fatihah kepada adik KFCM,arwah Mohd Amirul Izzat Che Mat dan arwah Anuar bin Ismail semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga ALLAH bersama orang2 yang beriman dan insyaALLAH di syurga nnti juga tempat yang kekal abadi untuk kita semua...^_^





sebelum berakhir,dekat bawah ni ada lirik lagu" Menanti di Barzah " nyanyian kumpulan FarEast..hayatilah setiap bait-bait lagu ini semoga kematian kita semua adalah kematian yang terindah dan dicucuri rahmat...Amin...sekian,wassalam,,



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


 

Friday, 2 December 2011

:D :D :D
















^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^







MALAYSIA tidak mahu kehilangan Khairul Fahmi

Assalamualaikum n ello ello ..

fuhh,,dah berhabuk blog ashikin ni yelah dah lama xupdate, :) sebelum terlupa rasenya xterlambat lagi untuk ashikin ucapkn SALAM MAALHIJRAH yg ke-1433 Hijrah,,semoga ape yg kte hajatkan akan menjadi kenyataan,insyaALLAH !! ^^,







ashikin rase simpati dengan nasib yg terjadi pada goalkeaper harimau muda kita , Khairul Fahmi Che Mat (KFCM),mana taknye dia selalu digosipkan dgn mana2 perempuan,taktahulah bende tu betul atau tidak,tapi kalau bende tu tak betul mesti ada orang nak aniaya dia,yelah anak kelahiran kelantan itu semakin popular sekarang dengan kecekapan beliau menyelamatkan gawang malaysia,lebih2 lagi dengan memiliki personaliti yg dpt menarik perhatian semua orang terutamanya ank2 gadis :D :D :D ...semalam,dalam paper metro ada story pasal KFCM dgn seorang perempuan yg taklama lagi nak berkahwin dengan pilihan hatinya,,aduhh,kesian betul dengan nasib KFCM,taknak komen ape2 just nak ckp tabahkan diri n sentiasa dekatkan diri pada ALLAH ,berdoa agar dijauhkan dari gosip2 liar lagi tak benar ni,,,mesti penat kan jadi KFCM,tanggungjawab atas padang lagi ,gosip lagi,,huh -,- kesian memang kesian...nak buat macammana dah dugaan sedangkan nabi Sulaiman a.s yg taat kepada ALLAH  itu pown diuji oleh ALLAH inikan kita hamba yg biasa2 yg banyk buat dosa memang takkan pernah lepas drpd ujian,,dengar citer KFCM nak bersara dari kariernya sebgi football player sbb dah tak tahn dgn gosip,betuii ke???hurm,rasenya takpayahlah nak bersara jgnlah sbb gosip tak betul ni KFCM dah patah semangat,,fokus saje pada bola sepak ,rase macm sia2 je sbb selama ni KFCM pasang impian untuk jd football player,tuptup kena berhenti disebabkan gosipppp...kalau KFCM rase ade yg taksuke pada anda buat dek je sbb ramai yang akan menyokong anda!!janganlah bersara,Malaysia tidak mahu kehilangan pemain yg berbakat macm anda,,last,untuk KFCM ,,kuatkan semangat jangan pernah mundur walau selangkah.. kami puji dgn kehebatan anda apbila berada diatas padang,tapi kami lebih bangga dan selute jika KFCM mampu mengharungi segala gosip dan tidak mengambil keputusan untuk berhenti/bersara ...harimau muda/malaya masih memerlukan khidmat drpd anda n rakyat Malaysia sentiasa berada di belakang anda!!! ^^,

Sunday, 13 November 2011

Bait-bait indah ^^

Bersihkan Jiwamu Dahulu,
Pasti Tuhan Akan Membantumu !


Orang yg bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan ALLAH,
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya,
Jika mendapat ujian kesusahan,hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang."
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku."
"Moga -moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat."


Tatkala dirinya mendapat nikmat
dia berasa malu dengan Tuhannya
kerana berasa dirinya tidak layak
menerima nikmat itu.


Hatinya gelisah 
"Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini ?
Apakah untuk aku bersyukur atau kufur ? "


Cemas jiwanya , gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya.


Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya , dia redha,
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan ALLAH 
Kerana dia tahu Tuhan lebih Maha Bijaksana
Mentakdirkan segala sesuatu.


Apabila disusahkan orang,
terus teringat akan dosanya,
"Kerana dosa akulah , aku disusahkan ,"
Dia tidak berdendam,bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan.


Nikmat Tuhan disyukuri,pamberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya dengan kebaikan.
Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya,
bila-bila waktu sahaja akan menjemput.


Dia gelisah dengan dosa , amal ibadahnya 
kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya.


Kakinya didunia namun hatinya sentiasa bersama ALLAH
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat ...
dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya.


Begitulah hati orang yang bersih dengan TUHANNYA (ALLAH)



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...