Ya Allah please grant me an ever-lasting patience

Sunday, 31 July 2011

IBU & AYAH

Ibu,
Ingin saat ini ku kucup dahimu,
Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu,
Mengalirkan air mata dalam pelukanmu,
Pelukan yang dapat menenangkan hati ini.


Ayah,
Aku rindu cium tanganmu,
Tangan yang berhempas pulas mencari rezeki,
Aku rindu kata-katamu,
Kata-kata yang jarang kau ucap namun dapat menaikkan semula diriku.


Ibu, Ayah,
Aku rindu menatap wajahmu,
Aku rindu masakanmu,
Aku rindu nasihatmu,
Aku rindu gelak tawamu.


Ibu,
Maafkan aku ketika aku malas membantumu,
Maafkan aku ketika aku merisaukan hatimu,
Maafkan aku ketika aku bukan anak yang baik,
Kerana sungguh, aku berusaha menjadi yang terbaik.


Ayah,
Maafkan aku ketika aku bermasam muka,
Maafkan aku ketika muncungku panjang sedepa,
Maafkan aku ketika aku mengecewakanmu,
Kerana sungguh, aku masih mencari makna anak yang baik.


                             Terima kasih cintaku, ibu dan ayah,
                                 Aku bangga jadi anak kalian.


ISTIMEWA BUAT: ENCIK ZAINAL & PUAN ROHANA
                                                              

DHUHA

Dhuha itu,
Terang,
Pada cahayanya.

Terang,
Pada sujudnya,
Sang hamba,
Yang mendambakan,
Pandangan-Nya,
Pada doa,
Pada rintihan,
Pada pengharapan,
Yang mensyahdukan waktu Dhuha itu.

Bukankah dahulu,
Ar-rasul,
Antara solat awalnya dahulu,
Adalah Dhuha itu,
Dan ayat yang menyejukkan jiwanya,
Di waktu sengsara derita,
Adalah ad-Dhuha jua?

Kerana di situ,
Pada cahaya Dhuha itu,
Kita akan temui sebuah kekuatan..

HARIMAU MALAYA TETAP DI HATI

Assalamualaikum n ello ello......

 Kekalahan pasukan Malaysia kepada Singapura masih lagi menjadi bualan utama mereka2 dluar sana....Sebagai manusia biasa tidak semestinya kte sentiasa berada di atas,kadang kala kte berada dibawah dan x semestinya bile kte di bawah kte dah x adew harapan untuk bangkit ke atas....kepada HARIMAU MALAYA jgn lah bersedih jadikan kekalahan ini sebagai satu semangat dan titik permulaan untuk bangkit,saya yakin HARIMAU MALAYA boleh bangkit semula lgpown rezeki x berpihak kepada Malaysia untuk kali nih jadi terima je lah dengan redha......secara jujurnya adalah rasa sedikit kecewa dngn cara pertahanan bermain tapi kte x boleh nak salahkan diorng jugak sbb mereka sume dh bermain bermati-matian  di atas padang,kte nih cume duduk dirumah sambil lending baik punye atas sofa sambil kunyah kuaci nak marah2 hentam2 segala bagai kt diorng.....kesian HARIMAU MALAYA.....lagi satu bila Safiq Rahim (kapten)xdew sebab dilayangkan kad merah,nampak permainan jadi huru hara......tapi ape boleh buat bende dah lepas....

   Yang paling sakit hatinya cara permainan terKOTOR pemain Singapura,sakit sanalah sakit sinilah......kalo dah lembik sangat x payah maen bola lah pergi duduk rumah tanam jagung!!!!!!!Aidil Zafuan yang sakit kaki x baik2 lagi tu pown taw menghargai masa,cepat2 lari tinggalkan padang sbb x nak menyusahkan orang......haishhh,ape punye manusia lah yang dlm permainan bola sepak pown adew perminan sekotor ni....OKEY,lupekan je lah pasal Singa yang suka berpura-pura tuh.....harap2 x dew tekanan lag yg dhadapi oleh HARIMAU MALAYA....^_^

   Jangan risau lah HARIMAU MALAYA,walaupon tewas,kami dsini akan sentiasa memberi sokongan kepada anda semua.......teruskan usaha dan jangan mudah patah semangat,jangan hiraukan tomahan yg dilemparkan  oleh orang luar terhadap HARIMAU MALAYA.....go harimau go!!!teruskan mengaum untuk menggerunkan semua musuh-musuhmu!!!!

   "KAMI TETAP TEGUH BERDIRI,DEMI WIRA SUKAN NEGARA,SEMANGAT JUANG TETAP TEGUHHHHHHHH GOOO MALAYSIA!!!"

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA" 

Aku Cinta Dunia dan Kasih Arak Nafsu

Assalamualaikum n ello ello......

Entri kali ini nak menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Jun.artikel ni saya copy dekat iluvislam.com....Ini hanyalah tatapan untuk sume yg sudi menjenguk blog saya,jom kte selami hati si gadis muda ini..mudah-mudahan benda yg baik dpt diikuti oleh saya sendiri dan mereka dluar sana..........~SELAMAT MEMBACA~

Nama aku Jun, seorang gadis biasa yang baru menjangkau usia 21 tahun. Sebelum ini, aku merupakan seorang gadis yang gemarkan hiburan dan perkara yang melalaikan.Namun, kini aku sudah tidak seperti dulu. Aku tidak merasakan bahawa Dunia ini telah mengajar aku erti kebaikan. Bagiku, Dunia ini mengajarku erti kekejaman dan kejahatan disamping mengajar aku erti kehidupan. Kisah aku bermula ketika aku mula mengenali Dunia seawal saat aku di lahirkan.
Aku lahir disebuah kampung dan ku labuhkan usiaku bersama si dia yang bernama Dunia.
Sejak kecil lagi aku mengenali Dunia, dialah yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Setiap manusia yang kukenali, Dunialah yang mengajarku siapakah sebenarnya mereka itu. Takkala usiaku tiba ke pertengahan kehidupan. Ketika itulah aku sudah bangkit menjadi seorang remaja dan aku berhijrah ke bandar besar untuk mencari kerja bagi menampung kehidupanku bersama Dunia. 
Aku pergi bertemankan Dunia, hidupku dipenuhi perasaan gembira. Akhirnya aku tiba di bandar dimana aku telah di tawarkan untuk bekerja dengan mudah. Aku bertambah gembira.
"Hari ini awak di tawarkan kerja di bahagian pengurusan makanan. Saya akan letakkan awak di bahagian kaunter juruwang. Untuk awak, saya berikan masa sehari berehat. Esok awak boleh mulakan kerja.. ok?" jelas bakal bosku, Mejuez ketika menerangkan tugasanku.
"Baik bos... Terima Kasih banyak" Jawabku dengan perasaan gembira kerana telah diterima untuk bekerja.
Keesokan harinya aku mulakan kerja, Dunia yang setia bersamaku telah mengajarku penat lelah bekerja. Mejuez, bos di tempat ku bekerja cukup baik sekali.
"Jun.. Awak sini kejap. Hari ni ada stok baru sampai. Nanti awak tolong aturkan barang-barang baru ini ke dalam stor boleh? Saya nak kira kuantiti barang yang sampai dan kuantiti pesanan untuk esok." Ujar bosku disaat aku sedang sibuk menguruskan tugasan aku sebagai seorang juruwang.
Semakin hari, aku semakin leka bersama Dunia. Aku telah lupa pada kampung halaman. Aku telah lupa pada keluarga di kampung. Bagiku, cukuplah sekadar dunia menemaniku disini. Aku lebih bahagia. 
Dunia kini membawa aku mengikut langkahnya. Langkah demi langkah aku diajar olehnya. Malam yang sepatutnya ku luangkan dirumah, aku habiskan diluar mengikut rentak Dunia. Disebabkan Dunia juga aku mula mengenali kawan baru yang bernama Cinta. 
Cinta, sungguh tampan bagiku. Dia membawa aku hanyut ke lautan asmara yang palsu. Tetapi bagiku Cinta yang memberiku kepuasan hidup. Dunia dan Cinta bersatu dan membawa aku melangkah ke kelab malam buat pertama kalinya. Sedang hanyut dan leka dibuai lagu-lagu berentak moden dan mengasyikkan, Cinta memperkenalkan aku dengan sahabatnya iaitu Kasih. Maka aku terus hanyut dengan ombak Kasih yang diberi oleh seorang jejaka tampan yang bagiku cukup sempurna. Wajahnya tampan, hartanya melimpah. Kini aku merasakan hidupku makin sempurna bersama Dunia, Cinta dan Kasih.  
Layanan perasaan aku terhadap Dunia, Cinta dan Kasih membuatkan aku leka dengan segala ayat-ayat manis yang ditaburkan oleh si jejaka. Aku semakin jatuh hati padanya. Malam-malam berikutnya aku dibawa ke kelab malam tersebut lagi oleh Dunia dan Cinta dan disana aku menemui Kasih yang merupakan penyeri hatiku ketika itu.  
Hinggalah suatu hari yang tenang seperti biasa, si jejaka memberikan aku air minuman yang dinamakan arak. Selepas meneguk minuman tersebut, Dunia memperlihatkan nikmatnya kehidupan. Dunia yang bersamaku kini sudah berubah wajah. Bersama Dunia yang baru aku lebih merasakan hidupku tenang tanpa masalah. Aku tidak sedar langkahku bersama Dunia kini kian rapuh. Sejak itu aku menjadikan arak minuman kegemaranku. Kerana arak mampu mengubah Duniaku. 
Tidak lama selepas itu, aku berkenalan pula dengan Nafsu, si serakah. Dunia, Cinta dan Kasih jugalah yang telah memperkenalkan Nafsu kepadaku. Aku, Dunia, Cinta, Kasih dan Nafsu berhibur hingga ke pagi. Kami berbual, berparti, menari membuatkan aku penat dan letih dalam kepuasan sendiri.
Aku tertidur kerana rasa mengantuk dan penat. Kasih, Dunia, Cinta ditemani jejaka tampan menjemput aku dan membawaku ke bilik nya.
Setengah jam masa berlalu, tiba-tiba Kasih dan jejaka tampan datang kearahku yang telah berada di kamar neraka, mereka mencumbui aku, meraba-raba aku. Akhirnya Nafsu yang tidak kelihatan tadi kini sudah pun turut berada sama disitu. Mereka berganding bahu merosakkan aku dengan rakus sekali. Aku menangis dan tersedar. Dimana Dunia yang bersamaku dahulu? Siapakah Dunia yang bersamaku kini? Siapakah mereka yang lain ini? Aku keliru dalam sendu.
Dek kerana aku berkawan dengan Dunia aku kenal ranjau-ranjau kehidupan, kemudian aku kenal dengan Cinta, dek kerana Cinta aku kenal akan kasih dan Arak. Dek kerana Arak lah ibu segala punca aku mengenali Nafsu yang serakah!
Mereka sialan hidupku, Dunia yang mengajar! Aku mengikut! Lantas mereka menjadikan aku mangsa kehidupan!
***
"Kenapa dengan awak Jun? Awak nampak lain je hari ni?" Tanya bosku Mejuez kepadaku selepas peristiwa itu. Aku menceritakan hal yang sebenarnya kepadanya dalam sendu penyesalan yang teramat sangat dan hajatku untuk bertaubat kepada Yang Esa. Air mataku merembes keluar. Lantas aku mula bercerita segalanya..
"Aku lahir disebuah kampung dan ku labuhkan usiaku bersama si dia yang bernama Dunia. Sejak kecil lagi aku mengenali Dunia, dialah yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Setiap manusia yang kukenali, Dunialah yang mengajarku siapakah sebenarnya mereka itu. Takkala usiaku tiba ke pertengahan kehidupan. Ketika itulah aku sudah bangkit menjadi seorang remaja dan aku berhijrah ke bandar besar untuk mencari kerja bagi menampung kehidupanku bersama Dunia......"
 

RAMADHAN,bulan yang berkat

Assalamualaikum n ello ello........:)

"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "

  Pejam celik,pejam celik dah nak puasa.Kemungkinan kte sume akan berpuasa pada hari isnin atau selasa sbb dekat negara Islam yg lain mereka akan mula berpuasa esok hari,kalo negara kite berpandukan kepada ank bulan dan jngn lupe mlm ni dudok depan tv sbb adew pengumuman tarikh sebenar puasa........Bulan puasa ni adalah bulan yang dtuntut membuat amal kebaikan,selain berpuasa drpd makan n minum kte juge hendaklah memperPUASAkan seluruh anggota tubuh badan kte drpd perkara yg dapat mengurangkn pahala puasa kte.....contohnya jaga percakapan,perbuatan,pandangan,pendengaran dan dbulan yg mulia ini kte juge dapat menjaga BADAN....huahuahua.. Dalam bulan puasa kte juge kena jaga pemakaian kte,jgnlah pakai pakaian yg boleh mengurangkan pahala puasa si pemakai dan si pemandang yeee.......^_^


Bulan Ramadhan memng bulan yg penuh dengn keberkatan dan bulan Ramadhan ni istimewa untuk umat Islam di muka bumi ni.....Waktu tu syaitan2 iblis2 laknat segala bagai tuh diikat agar tidak menggoda umat Islam berpuasa..tpi dh diikat pown masih adew segelintir yg tidak berpuasa dan terus melakukan maksiat!!!Subahanallah.....hmm,mungkin semua tu disebabkan nafsu yang menguasai diri mereka.....apa boleh buat,mereka je yang boleh mengubah diri mereka bukan orang laen......kalo dh dtangkap naik van jenazah,masuk penjara berulang kali tpi perangai tetap x berubah nk buat ape...kesian dngn orang yg bekerja dbulan puasa semata-mata nak menagkap mereka yg x berpuasa nih..okeylah,tu je nak ckp wat mase nih....sebelum berpisah,dekat bawah ni adew pantun sempena BULAN RAMADHAN YANG MULIA......=D


Syaaban ingin pergi sayu menghiba diri,
  Ramadhan ingin kembali riang bersua lagi,
Merangkak kita di lantai masa bersilang hari,
  Merebak bulan di ufuk senja tahun berganti.
Telah terukir juga terzahir di bibir muara,
  Akan kita insan yang sentiasa lupa dan lara,
Hidup bertunjangkan nafsu sesedap rasa,
  Bermain dengan bara-bara yang penuh noda.
Dosa, bila diungkitkan tentang Neraka,
  Lalu diselitkan tentang ajal yang menyusul tiba,
Insan baru padanya terkhabar dari lamunan,
  Pantas dirinya menadah tangan mencari Tuhan.
Maka sedar tika alpa dosa inginkan pahala,
  Alpa dalam bicara nafsu inginkan puasa.


                            ~SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK~
  

Saturday, 16 July 2011

Bilakah Kali Terakhir Anda Menangis??

LA TAHZAN   


Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah.
Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?
1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.
Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,
"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)

Mengapa Mesti Bersedih???

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.
Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.
Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - [Ibrahim 14:34]
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?
Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?
Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?
Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - [Al-Ankabut 29:33]
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.
Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.
Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.
Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.
Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.
Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!
Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?
Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.
Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.
Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.
Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...