Ya Allah please grant me an ever-lasting patience

Wednesday, 28 December 2011

Aku Juga Mampu !

assalamualaikum n ello ello readers !


Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa semakin pantas berlalu. Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan. Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah.
Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu. Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya.
Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut. Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana. Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.

Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya. Kata ustaz di masjid kelmarin, hanya jika benar kita faham apa makna dunia, maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas.
Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer. Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia.
Siapa kata tidak mahu bercinta?
Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta. Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles. Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta. Adakah kamu percaya?
Aku ada henset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa. Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga. Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tetapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta. Ya, aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia!
Cuma aku tidak mampu untuk menghina agama. Agamaku cantik, bersih, lengkap dan indah. Tuhan aku dan Rasul aku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan antara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza upaya kita.
Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri paling berharga kerana cintaku tidak pernah ternoda.
Pada Allah S.W.T tempat aku berpaut dan berdoa, semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila. Semoga aku, kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama.

Bila Hati Diguris

assalamualaikum n ello ello readers !

                                                             La Tahzan Innallaha Manna

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.

Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.

Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.
Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.
Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."

Thursday, 22 December 2011

Bila Aku Jatuh Cinta

assalamualaikum n ello ello readers !

harini saya nak memekak menyanyi sikit..haa,saya tahu mesti ramai yang bergegas mencari kapas kapas atau sebarang kain yang lembut untuk menutup lubang hidung telinga masing masing kan??sebab apa,sebab suara saya yang teramatlah merdu,anda anda dilanda penyakit cemburu kan,,*siapa nak cemburu dengan hang*..hahaha,gurau je,saje nak buat lawak dipetang khamis yang damai bertemankan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa ni..baiklah,dekat bawah ini ada lirik lagu bila aku jatuh tangga cinta nyanyian Awi Rafael..bila anda anda tengok lirik ni,cuba JANGAN bayangkan gelifriend atau buayafriend korang tetapi bayangkan lagu ni ditujukan khas untuk Pencipta yang Maha Esa yakni ALLAH s.w.t ,,cuba eh,cuba taw!!!eheeee..


perhatian : rangkap yang kelima baris yang ke dua,tiga saya ubah lirik dia,harap maklum!!maaf ye Awi Rafael n_n


lalalalalalalalaaaa ~~

Bisakah ku tanpaMu
Bisakah ku tanpaMu
Hatiku mulai rapuh
Hatiku mulai sepi
Bisakah ku tanpaMu
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namaMu
Kan ku tulis laguMu
Akan ku katakan kata-kata indah
Hanya untukMu

Relakah ku tanpaMu
Relakah ku tanpaMu
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namaMu
Kan ku tulis laguMu
Akan ku katakan kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doa padaMu
Sempurnakanlah hidupku
Akan ku buatkan semua yang terindah


Sunday, 18 December 2011

Bercinta Sampai ke Syurga ALLAH

assalamualaikum n ello ello readers !

Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

 
Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.
Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.
Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.
Luar biasa…

Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?
Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?

Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa [al-Dzukhruf 43: 67]
Itulah realitinya.
Bahawa biar sehangat mana pun cinta yang membakar perhubungan dua insan yang berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh di antara satu sama lain di padang Mahsyar. Jika dahulunya mereka menolak pertolongan yang ditawarkan demi kebahagiaan sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yang tidak lagi mampu ditolong.
Mengapa cinta menjadi permusuhan?
Apakah yang menguji manusia di Mahsyar hingga pasangan yang akrab menjadi musuh yang saling mementingkan diri?
Sesungguhnya Mahsyar itu mengheret manusia kepada sebuah TEKANAN. Itulah ujian terbesarnya. Segala yang didustakan selama ini terbentang di depan mata. Barulah kelihatan kesan segala perbuatan. Bahawa dunia memang sementara, namun kesan amal berkekalan selamanya. Dan hari Mahsyar itu setiap insan berada di bawah TEKANAN yang maha dahsyat.
Ibu sanggup menggadaikan anak demi untuk menyelamatkan diri.
Dua kekasih sanggup mengorbankan pasangannya demi terbebas dari seksaan yang sedang menanti.
Dalam keadaan yang begitu terdesak dan penuh tekanan, cinta berubah menjadi permusuhan. Dua kekasih saling menyerang pasangan masing-masing, mementingkan diri, demi sebuah keselamatan.
Kecuali manusia bertaqwa.
Wahai pasangan yang bermadu kasih, ingatkah kalian pada khutbah yang mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA suatu hari dahulu?  Tiga ayat yang dibacakan kepadamu, segalanya berbicara tentang TAQWA.
khutbahnikah
Pesan itu adalah pesan Tuhanmu. Pesan yang disampaikan di lisan Nabimu. Pesan yang diperpanjangkan kepada khutbah nikahmu. Bahawa tiada bahagia tanpa taqwa. Hanya derita pemusnah cinta, manusia tersungkur di pantai derita, meneguk neraka dunia sebelum Neraka di Sana.
Neraka dunia yang menghancurkan bahagia datang bersama tekanan. Ujian yang amat menghimpit beban. Soal anak, soal pekerjaan, soal keinginan, soal ketidakpuasan, soal kemahuan, soal kesangsian. Rumahtangga yang belayar di tasik madu, menjelang senja dihiris sembilu.
“Lepaskan saya. Saya sudah tidak sanggup lagi,” bentak isteri yang terbeban oleh tekanan perasaan.
“Sabarlah isteriku. Mari duduk mencari petunjuk,” pujuk suami dengan linangan air mata.
Anak-anak menggeletar terperosok di sudut gementar. Melihat ayah dan ibu bergaduh cakar mencakar.
“Bukankah kami hadir kerana cintamu?” bisik si anak kepada hatinya, merayu kepada Tuhan agar mendamaikan sepasang insan tempat dirinya berpaut hidup.
“Sudah-sudah. Tidak perlu dibincang-bincangkan lagi. Lepaskan saya. Hantarkan saya balik ke rumah emak di kampung!” si isteri terus mengamuk.
“Bagaimana dengan anak-anak kita?” suami merenung wajah anak-anak yang kebingungan. Terasa hangat pipi dihujani hiba.
“Semuanya salah abang. Sudah berapa kali saya beri peluang. Abang masih tidak berubah. Abang bekerja untuk keluarga, hingga hancur keluarga. Kalau selama ini kami bahagia tanpa abang, kenapa perlu lagi saya menderita menanti abang. Saya ada cita-cita sendiri!” si isteri mengesat wajahnya dengan lengan. Kata-katanya penuh simpang siur perasaan. Tidak pasti apa yang dimahukan.
Kecuali sebuah penceraian…

Suatu hari nanti
Kau akan tahu sucinya cintaku
Kau akan menyesal
Dan kau sebut namaku selalu
Suatu masa nanti
Kan terhurai segala rahsia
Bahawa cintaku kepadamu
Abadi selamanya
Kau akan menangis
Menatap gambarku
Gambar-gambar kita
Pasangan yang istimewa
Oleh itu kasih
Janganlah terburu
Jangan ikut rasa
Kelak jiwa kan merana
Perkara yang kecil
Jangan suka dibesar-besarkan
Perkara yang samar
Jangan pula dibenar-benarkan
Usahlah dibunuh
Kecintaan ini
Biarkan bersemi
Sampai kekal dan abadi 

Tekanan bukan sahaja menjadikan seorang kekasih memusuhi kekasihnya di Akhirat, bahkan tekanan itu juga menghilangkan cinta tatkala menempuh kehidupan dunia. Hingga tidak sempat-sempat menuju penceraian, semata-mata ingin lari daripada sebuah tekanan.
Itulah yang banyak berlaku hari ini.
Pelik sekali, setelah ghairah bercinta kita melangkah ke alam rumahtangga. Belum sempat anak membesar bergegas pula menuju penceraian. Dan janggal sekali, selepas bercerai barulah timbulnya damai. Boleh keluar makan bersama, boleh bergilir melayan anak-anak. Suami isteri payah serasi, biar sekadar teman yang mesra. Semuanya kerana gagalnya manusia, menguruskan tekanan, realiti kehidupan.
Justeru wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata?  Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya Neraka abadi di alam Sana.
43_67i
“… kecuali orang-orang yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]
43_68-70
“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43: 68-70]

Tidak mungkin Syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yang disemai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yang kekal abadi.
Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.
Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati
Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.
Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.




Saturday, 17 December 2011

kezenku ~~

 assalamualaikum n ello ello readers !

Itu hali rumah nenek saya ada buat kenduli bersempena kepulangan makngahnda and pakngahnda tercinta yang telah selesai menunaikan rukun islam yang kelima..huuuh,untunglah mereka dah buat haji,saya ni bukannya belum berkesempatan tapi belum kelayakkan lagi ..okay,back to the topic,setelah tak sekian lama tidak berjumpa dengan cousin cousin yang tercinta,hali itu jejak kasih telah menjejakkan kasih kami kembali,ecehh...actually saya nak cerita pasal dua orang cousin yang tercinta + tersayang + terlove ni,diorang berdua merupakan pasangan kekasih adik beradik ,sorang sebaya dengan saya sorang lagi barudarjah enam! ..anda anda nak tahu tak,diorang ni memang cousin yang terbalik terbaik lah!sempoi,kelakar n yang paling yang bestnya diorang ni sekepala dengan saya sebab diorang suka merepek!yeahh,,i very love merepek,merepek is my favourite,,*sangat


dalam family terbesar saya,dengan merekalah yang paling saya rapat,antara faktor kerepatan kami termasuklah mak diorang dengan mak saya adalah adik beradik jadi air yang dicincang memang takkan putus *apa benda aku cakap ni*...see,my penyakits merepek dah coming!!haha...setiap kali kalau ada perhimpunan keluarga besar ,kiteorang mesti akan lepak sama sama ,kemana kiteorang pergi mesti bersama but pergi toilet je lah yang tak sama..ouhh,lupe pulaks nak bagitahu nama diorang dekat anda anda semua,,yang sebaya dengan saya tu nama dia Nur Aqilah n her sister Nur Faqihah...kami ni jugak geng yang kuat makan!!yeahh,,i very love eat,eat is my favourite,,*betul
                                                            

eh,anda anda nak tahu tak haritu ada satu tragedi yang memang tak tragis langsung,kiteorang gelarkannya "tragedi cari jodoh"..citenye macam gini,di kawasan perumahan nenek saya ada seorang atuk tua ni,kesian dia saya rasa dia takde rumah kowt,selalu merayap kehulur kehilir seorang diri,,dia pakai baju jacket dengan kain pelekat *bayangkan* ,menurut info yang kami dpt from my nenek,atuk tu dulu duduk di hadapan punya sebelah kanan rumah nenek saya,kira jiran lah ni,,tapi sekarang taktahulah kenapa atuk tu dah tak dduk dekat rumah itu lagi..yang kesiannya setiap kali rumah nenek saya buat apa apa kenduri mesti atuk tu datang dan terus pergi makan,kami semua biarkan jelah ,dia datang nak makan bukan nak mencuri ..me,my sister,aqilah,faqihah bagi nama atuk tu Boboy memandangkan nama dia kami taktahu...so senang lah nanti kalau ada orang tanya "atuk mana ni?" "alah,atuk Boboy tu"..haha,kan senang,,yang kelakarnya waktu atuk Boboy datang nak makan aqilah pergi ambil air untuk diri sendiri,masa tu atuk Boboy ada dekat situ tapi atuk tak cakap apa apa pown,seterusnya diikuti dengan faqihah lepas tu saya tapi atuk Boboy buat dek je apabila kehadiran kami disitu..last sekali giliran kakak saya yang pergi ambil air,dalam sedang sedang dia mengambil air,tiba tiba ada satu suara "tolong amik air",,haaaaa..takku sangka!!saya,aqilah n faqihah saling pandang memandangi menunjukkan yang kami amatlah terkezut,mana taknya,,dah tiga orang gadis comel lalu dekat atuk Boboy tapi atuk tetap mmbisu,tuptup bila kakak saya lalu, bersuara atuk tu semerdu tiga suara *jacklyn,shila,ning baizura * ..


                                               yeaa mempersembahkan gadis bunian buaya


maka kami bertiga mensyak yang atuk Boboy tu ada feeling the feeling dekat kakak saya..pada saat itu mulalah kes ejek ejekkan dan kami cipta satu nama khas untuk mereka berdua iaitu AinBoboy..haha sedap tak nama yang kteorang bagi ni..hee,semestinyaaa...kteorang ingatkan kakak saya akan marah or merajuk,tapi kteorang dapat melihat kegembiraan di wajahnya tatkala kteorang memberi nama tersebut,,saya rase kakak saya menyimpan perasaan yang sama dengan atuk Boboy..hehe

                                          buayan tu hampir retak kerana diduduki oleh kami


sebab tu lah kteorang gelarkan tergedi ni "tragedi cari jodoh",khas hanya untuk kakak saya mencari jodoh!yes,only her!!hahaha..cousin saya memang terbaik,kelakar n sporting...selain mencari jodoh untuk kakak saya,kteorang juga selalu pergi jalan jalan bersama,tengok wayang,main sama sama,picnik at sungai congkak sama sama..senang citer kami sentiasa bersamalah...saya sayang gile dekat cousin yang dua orang nih..mereka bagaikan pelengkap hidup saya dan menerangi suasana tatkala saya berada dalam kegelapan *fuhh,macam awie dalam sembilu jiwang siot aku*okaylah peeps,thats all about my story kali ni,bai :)

Thursday, 15 December 2011

Cinta Sempurna

assalamualaikum n ello ello to all readers...

hari ni saya ingin menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk "Cinta Sempurna" nyanyian Yuna tapi kali ni versi saya pulak...dengarkanlah suara saya yang merdu bagai hempedu ini...*cehh poyo jee* ..lagu ni best,dengarkanlah n hayatilah setiap bait bait dalam lagu ini ..


Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...



sekian,terima kasih....heee

Tuesday, 13 December 2011

one in a million

assalamualaikum n ello ello to all readers !


 today saya nak cerita dengan anda anda semua tentang seorang hamba ALLAH yang saya anggap dia ni *one in a million*,btw the person that i call *one in a million* tu ialah girl not boy..her name is Nur Batrisyia Iman,I call her cha for short,she is my anak buah ..me and my mother jaga dia since her 2 month,now her age 3 years old,she is a children yang very very very intelligent ! sekali pandang dia memang nampak macam seorang budak kecik yang doesn't know anything,but saya dah jaga dia selama 2 tahun [sbb dia lahir tahun lepas (21.8.2010)],macam2 perangai peliks + cerdiks yg ditunjukkan olehnya,sometimes she can be a clown and sometimes she also can be a matured , saya merangkap auntie dia tersangatlah bangga dengan kecerdikkan dan kematangan yang ada dalam dirinya,lupa nak bagitahu,kebanyakkan budak2 kecik akan memanggil makcik or auntie kan,tapi cha ni lain orangnya dah beratus ratus punya ratus kali saya ajar dia suruh panggil auntie but she can't accept it,dia tetap dengan pendiriannya yang lebih selesa memanggil saya ashikin,tapi disebabkan kepelatan yang dialami olehnya dia terpaksa memanggil saya *acitin* kekurangannya adalah she can't say "s" it will be "c" and she also can't say "k" it will be "t",,haha..kesian kan,,anda anda mesti tertanya tanya apa bendalah yang si budak kecik tu buat sampai saya panggil dia cerdik n matang,kann??okay saya  bagitahu ,dekat bawah ni ada dialog perbualan antara saya dengan cha ..perborakkan kitaorang lebih kurang macam ni :-

*babak : di rumah saya

di tengah hari yang panas tak berapa nak terik....

saya : cha tengah buat apa tu? (tak ada soalan lain nak tanya)
cha  : tat de wat ape ,duduk tenok tb jee (jawapan yg sempoi)
saya :  lah,wat pe tengok tv,pergi lah main..biar acitin yang tengok tv ,ok?
cha  : hmm,tanak cha nak tenok tb,cha nak tenok Wanita Hari Ini ..
saya : ha??? (terkejut sbb saya yang dah tua bangka ni pun tak layan rancangan2 macam tu!!)..alaa,bukannya best pun tengok whi ,bagi je remot tu ,acitin nak tukar citer lain..
cha  : dengan kecewanya dia memberikan remot tu pada saya lalu berkata : cha nak tenok tb pun tak boleh,eeee,cha bocan dah tak tahu nak buat apa ! sambil berdiri dihadapan saya lalu meletakkan tangan kanan diketiak kiri dan tangan kiri di ketiak kanan beserta muncung yang ala ala itik gembo gembo gitu menandakan dia sedang merajuk...
saya : terkejut sebaik saja dengar perkataan tu keluar dr mulut dia sambil ketawa berdekah dekah..mulalah pergaduhan saya dan dia,sorang ke timur sorang lagi ke barat..selang beberapa saat dia mula bersuara
cha : cha nak alik,ecok tanak da datang umah neklang !!
saya : yelah,,ha,asal tak balik lagi ?? (jahat x saya ?)
cha : kejap lagi lah,tunggu lah putul lima cengah ,tatan cha nak alik corang pulak ..
saya : cha cha ,,haih,macam macam..pergi la balik kejap lagi acitin nak pergi kedai nak beli aiskrim warna hijau ..sedapppnyaaaa...
cha : cha nye ?? cha na jugak !!
saya : eh,bukan cha cakap nak balik ke,so cha punya takdelah...( kihkihkih)
cha : tak jadi,mama catap mama work,taleh amik cha ...ecok cha datang,cha da habic merajuk
saya : haha..cha cha pasal aiskrim lupa semua...hohoo .. 


                                                            senyum kosmo sokmo

haha...kelakar kan dia ,everyday she come to my house,my life like rainbow yang colourful ,actually,I always cari pasal with her , dah macam saya yang budak 2 dia yg dewasa..kan. ?? banyak lagi dialog antara saya dgn cha tapi i'm lazy girl to write in this post,sorry ye ..yang menariknya cha ni kalau waktu dia tengah duduk2 santai dia mesti selawat..hebat kan...now she in a process to learn about how to read iqra' ..baru iqra' 1,a teacher who teach her read iqra' is me and my sister...every morning she must read iqra' at least 2 or 3 page but sometimes when her lazy's disease come, she will say like this : acitin,baca ecok boleh,cha letih la..haa..pandai kan dia bagi alasan haritu ada lah jugak dengar cakap dia,sbb saya ingat dia ni betul2 penat,tup tup bila dekat tv ada tunjuk video klip stacy-kasanova,dengan pantas sepantas kilat dia terus menari lebih hebat dari stacy..hewhewhew....


kalau anda anda nak tahu cha ni pandai baca doa makan ,pandai math,pandai ambil wudhuk n pandai solat..setiap kali time makan,dialah yang paling sebok sekali suruh semua orang duduk then tadah tangan sbb dia nak baca doa makan,kira macam leader lah ni..,she haven't ask me about math,she say :acitin,1 + 1 ??then i say ofcourse la 2..alahai senang nya soalan..memang betul tapi cara acitin jawab salah..hurm,it look so weird,i think back about the question but nothing wrong with my answer,then i ask her : abistu nak jawab macam mana??she say : 1 + 1 jawabnya 2..acitin lupa nak catap *jawabnya ..haha .. alahaii,since tadika until sekolah mnegah tak pernah pun my teacher ajar suruh cakap *jawabnya...selalunya orang akan cakap equal or direct bagi jwpn je,,but cha is betul2 peliks..kadang kadang bahasa yang dituturkan tu terlalu baku..for example : acitin,dalam beg cha ni ada baju ,acitin amik dan keluarkan..sesetngah budak tak kan bagitahu dalam beg mereka ada ape2,tapi cha siap suruh keluarkan lagi..hewhew..different truthly different !!!kalau time lepas habis mandi je dia mesti ambil wudhuk,tapi dia cuma amik yang wjib je yakni muka,tangan,rambut dan kaki saje...when i want to pray and wear a telekong,quikly she come to me and tell she want to pray together with me...she only wear a tudung sarung hitam and a sejadah saiz kecil..then she follow setiap pergerakan saya ketika solat....insyaALLAH one day,she also can be a muslimah girl


          haa,ni bukan hajarul aswad tapi ini lah cha time dia tengah sujud,my sister take this picture


selain drpada itu,cha juga mengikuti perkembangan semasa,everyday she read news paper and watch televisyen (berita)...dia juga cepat tangkap apa yang berlaku dipersekitaran,bak kata orang "keadaan mendewasakan kita"..haha,yang hebatnya dia ni terer guna phone touch,seriously macam orang dewasa,saya tak pernah pun tengok budak sekecik itu pandai menggunakan sebarang jenis gadjet semua ni...hebat kan dia,, 




                                            bak kata arwah sudirman -orang biasa basikal tua




cha pandai bergaya n dia suka pakai tudung,bila saya tanya kenapa cha nak pakai tudung,then she say,kalau tak pakai tudung nanti doca,ALLAH marah...hee,kecik kecik lagi dah pandai nak tentukan hukum harkam ni,tapi memang betul pun cha cakap tapi cha tak diwajibkan lagi pakai tudung n_n.. sometimes she wear tudung,sometimes free hair,ikut mood la..


                                                            minah berkacamata hitam  






                                                        ada rupa yuna tak??*tak langsung




okay,before this post melabuhkan tirai,,i just want to say this girl is the only one and one in a million...saya nak ucapkan terima kasih berbanyak banyak kepada anda anda yang telah baca post yang istimewa ini...saya nak mohon maaf kalau penggunaan bahasa inggeris (grammar) saya huru hara...kalau ada kesalahan grammar,maafkan lah ye..kerana saya ni buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolong jolokkan,saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan..peacee ,,









   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...