Ya Allah please grant me an ever-lasting patience

Thursday, 19 January 2012

Doa seorang hamba

Bismillahirrahmanirrahim..                                
                                                                
   Ya ALLAH........
ampunilah segala dosa dosa yang pernah aku lakukan didunia ini,
sama ada dosa yang sengaja aku lakukan atau tidak sengaja,
  Ya ALLAH........
lindungilah aku daripada godaan syaitan,
tempatkanlah aku di syurga nanti bersama orang orang yang beriman,
Ya ALLAH.....
aku mohon padaMu,
temanilah aku ketika aku sedih,gembira,kecewa,bahagia,ketika aku menerima kegagalan dan ketika aku menerima kejayaan,
kerana aku ini hanyalah seorang manusia yang lemah,
yang mudah tergoda dengan kejahatan syaitan,
     Ya ALLAH.....
tenangkanlah hati ini ketika menerima sebarang ujian daripadaMu,
kuatkanlah aku untuk menempuh semua ini,
tabahkan hatiku agar aku tidak mudah berputus asa,
  Ya ALLAH.....
berikanlah kejayaan untukku,
aku ingin mendapat 9A dlm pmr tahun ini,
terangkanlah hatiku untuk mudah menerima ilmu,
kerana aku ingin menggembirakan ibubapaku pada hujung tahun ini,
aku ingin melihat mereka menangis kerana kejayaanku,
bukan kegagalanku..
oleh itu,Ya ALLAH..
Kau sematkanlah dalam hatiku ini,
semangat untuk menimba ilmu,
sentiasa mengingatiMu,
tidak mengingati benda benda yang boleh melalaikan..
ku mohon hanya padaMu,
kerana aku tahu,
hanya Engkaulah ALLAH yang Maha Esa,
tempat untukku bergantung harap,
makbulkanlah doa hambaMu ini.,
AMIN......


* sesiapa yang membaca entry ini,aminkanlah doa diatas ini,agar saya,kamu,dan kita semua beroleh kejayaan bukan sahaja didunia tetapi diakhirat juga,,insyaALLAH..





Wednesday, 18 January 2012

Dedah Aurat : alasan yang biasa didengar

assalamualaikum n ello ello readers !

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
———
Dengar kuliyah mengenai aurat:

Wednesday, 28 December 2011

Aku Juga Mampu !

assalamualaikum n ello ello readers !


Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa semakin pantas berlalu. Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan. Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah.
Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu. Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya.
Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut. Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana. Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.

Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya. Kata ustaz di masjid kelmarin, hanya jika benar kita faham apa makna dunia, maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas.
Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer. Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia.
Siapa kata tidak mahu bercinta?
Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta. Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles. Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta. Adakah kamu percaya?
Aku ada henset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa. Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga. Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tetapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta. Ya, aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia!
Cuma aku tidak mampu untuk menghina agama. Agamaku cantik, bersih, lengkap dan indah. Tuhan aku dan Rasul aku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan antara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza upaya kita.
Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri paling berharga kerana cintaku tidak pernah ternoda.
Pada Allah S.W.T tempat aku berpaut dan berdoa, semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila. Semoga aku, kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama.

Bila Hati Diguris

assalamualaikum n ello ello readers !

                                                             La Tahzan Innallaha Manna

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.

Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.

Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.
Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.
Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."

Thursday, 22 December 2011

Bila Aku Jatuh Cinta

assalamualaikum n ello ello readers !

harini saya nak memekak menyanyi sikit..haa,saya tahu mesti ramai yang bergegas mencari kapas kapas atau sebarang kain yang lembut untuk menutup lubang hidung telinga masing masing kan??sebab apa,sebab suara saya yang teramatlah merdu,anda anda dilanda penyakit cemburu kan,,*siapa nak cemburu dengan hang*..hahaha,gurau je,saje nak buat lawak dipetang khamis yang damai bertemankan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa ni..baiklah,dekat bawah ini ada lirik lagu bila aku jatuh tangga cinta nyanyian Awi Rafael..bila anda anda tengok lirik ni,cuba JANGAN bayangkan gelifriend atau buayafriend korang tetapi bayangkan lagu ni ditujukan khas untuk Pencipta yang Maha Esa yakni ALLAH s.w.t ,,cuba eh,cuba taw!!!eheeee..


perhatian : rangkap yang kelima baris yang ke dua,tiga saya ubah lirik dia,harap maklum!!maaf ye Awi Rafael n_n


lalalalalalalalaaaa ~~

Bisakah ku tanpaMu
Bisakah ku tanpaMu
Hatiku mulai rapuh
Hatiku mulai sepi
Bisakah ku tanpaMu
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namaMu
Kan ku tulis laguMu
Akan ku katakan kata-kata indah
Hanya untukMu

Relakah ku tanpaMu
Relakah ku tanpaMu
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namaMu
Kan ku tulis laguMu
Akan ku katakan kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doa padaMu
Sempurnakanlah hidupku
Akan ku buatkan semua yang terindah


Sunday, 18 December 2011

Bercinta Sampai ke Syurga ALLAH

assalamualaikum n ello ello readers !

Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

 
Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.
Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.
Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.
Luar biasa…

Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?
Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?

Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa [al-Dzukhruf 43: 67]
Itulah realitinya.
Bahawa biar sehangat mana pun cinta yang membakar perhubungan dua insan yang berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh di antara satu sama lain di padang Mahsyar. Jika dahulunya mereka menolak pertolongan yang ditawarkan demi kebahagiaan sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yang tidak lagi mampu ditolong.
Mengapa cinta menjadi permusuhan?
Apakah yang menguji manusia di Mahsyar hingga pasangan yang akrab menjadi musuh yang saling mementingkan diri?
Sesungguhnya Mahsyar itu mengheret manusia kepada sebuah TEKANAN. Itulah ujian terbesarnya. Segala yang didustakan selama ini terbentang di depan mata. Barulah kelihatan kesan segala perbuatan. Bahawa dunia memang sementara, namun kesan amal berkekalan selamanya. Dan hari Mahsyar itu setiap insan berada di bawah TEKANAN yang maha dahsyat.
Ibu sanggup menggadaikan anak demi untuk menyelamatkan diri.
Dua kekasih sanggup mengorbankan pasangannya demi terbebas dari seksaan yang sedang menanti.
Dalam keadaan yang begitu terdesak dan penuh tekanan, cinta berubah menjadi permusuhan. Dua kekasih saling menyerang pasangan masing-masing, mementingkan diri, demi sebuah keselamatan.
Kecuali manusia bertaqwa.
Wahai pasangan yang bermadu kasih, ingatkah kalian pada khutbah yang mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA suatu hari dahulu?  Tiga ayat yang dibacakan kepadamu, segalanya berbicara tentang TAQWA.
khutbahnikah
Pesan itu adalah pesan Tuhanmu. Pesan yang disampaikan di lisan Nabimu. Pesan yang diperpanjangkan kepada khutbah nikahmu. Bahawa tiada bahagia tanpa taqwa. Hanya derita pemusnah cinta, manusia tersungkur di pantai derita, meneguk neraka dunia sebelum Neraka di Sana.
Neraka dunia yang menghancurkan bahagia datang bersama tekanan. Ujian yang amat menghimpit beban. Soal anak, soal pekerjaan, soal keinginan, soal ketidakpuasan, soal kemahuan, soal kesangsian. Rumahtangga yang belayar di tasik madu, menjelang senja dihiris sembilu.
“Lepaskan saya. Saya sudah tidak sanggup lagi,” bentak isteri yang terbeban oleh tekanan perasaan.
“Sabarlah isteriku. Mari duduk mencari petunjuk,” pujuk suami dengan linangan air mata.
Anak-anak menggeletar terperosok di sudut gementar. Melihat ayah dan ibu bergaduh cakar mencakar.
“Bukankah kami hadir kerana cintamu?” bisik si anak kepada hatinya, merayu kepada Tuhan agar mendamaikan sepasang insan tempat dirinya berpaut hidup.
“Sudah-sudah. Tidak perlu dibincang-bincangkan lagi. Lepaskan saya. Hantarkan saya balik ke rumah emak di kampung!” si isteri terus mengamuk.
“Bagaimana dengan anak-anak kita?” suami merenung wajah anak-anak yang kebingungan. Terasa hangat pipi dihujani hiba.
“Semuanya salah abang. Sudah berapa kali saya beri peluang. Abang masih tidak berubah. Abang bekerja untuk keluarga, hingga hancur keluarga. Kalau selama ini kami bahagia tanpa abang, kenapa perlu lagi saya menderita menanti abang. Saya ada cita-cita sendiri!” si isteri mengesat wajahnya dengan lengan. Kata-katanya penuh simpang siur perasaan. Tidak pasti apa yang dimahukan.
Kecuali sebuah penceraian…

Suatu hari nanti
Kau akan tahu sucinya cintaku
Kau akan menyesal
Dan kau sebut namaku selalu
Suatu masa nanti
Kan terhurai segala rahsia
Bahawa cintaku kepadamu
Abadi selamanya
Kau akan menangis
Menatap gambarku
Gambar-gambar kita
Pasangan yang istimewa
Oleh itu kasih
Janganlah terburu
Jangan ikut rasa
Kelak jiwa kan merana
Perkara yang kecil
Jangan suka dibesar-besarkan
Perkara yang samar
Jangan pula dibenar-benarkan
Usahlah dibunuh
Kecintaan ini
Biarkan bersemi
Sampai kekal dan abadi 

Tekanan bukan sahaja menjadikan seorang kekasih memusuhi kekasihnya di Akhirat, bahkan tekanan itu juga menghilangkan cinta tatkala menempuh kehidupan dunia. Hingga tidak sempat-sempat menuju penceraian, semata-mata ingin lari daripada sebuah tekanan.
Itulah yang banyak berlaku hari ini.
Pelik sekali, setelah ghairah bercinta kita melangkah ke alam rumahtangga. Belum sempat anak membesar bergegas pula menuju penceraian. Dan janggal sekali, selepas bercerai barulah timbulnya damai. Boleh keluar makan bersama, boleh bergilir melayan anak-anak. Suami isteri payah serasi, biar sekadar teman yang mesra. Semuanya kerana gagalnya manusia, menguruskan tekanan, realiti kehidupan.
Justeru wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata?  Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya Neraka abadi di alam Sana.
43_67i
“… kecuali orang-orang yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]
43_68-70
“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43: 68-70]

Tidak mungkin Syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yang disemai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yang kekal abadi.
Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.
Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati
Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.
Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.




Saturday, 17 December 2011

kezenku ~~

 assalamualaikum n ello ello readers !

Itu hali rumah nenek saya ada buat kenduli bersempena kepulangan makngahnda and pakngahnda tercinta yang telah selesai menunaikan rukun islam yang kelima..huuuh,untunglah mereka dah buat haji,saya ni bukannya belum berkesempatan tapi belum kelayakkan lagi ..okay,back to the topic,setelah tak sekian lama tidak berjumpa dengan cousin cousin yang tercinta,hali itu jejak kasih telah menjejakkan kasih kami kembali,ecehh...actually saya nak cerita pasal dua orang cousin yang tercinta + tersayang + terlove ni,diorang berdua merupakan pasangan kekasih adik beradik ,sorang sebaya dengan saya sorang lagi barudarjah enam! ..anda anda nak tahu tak,diorang ni memang cousin yang terbalik terbaik lah!sempoi,kelakar n yang paling yang bestnya diorang ni sekepala dengan saya sebab diorang suka merepek!yeahh,,i very love merepek,merepek is my favourite,,*sangat


dalam family terbesar saya,dengan merekalah yang paling saya rapat,antara faktor kerepatan kami termasuklah mak diorang dengan mak saya adalah adik beradik jadi air yang dicincang memang takkan putus *apa benda aku cakap ni*...see,my penyakits merepek dah coming!!haha...setiap kali kalau ada perhimpunan keluarga besar ,kiteorang mesti akan lepak sama sama ,kemana kiteorang pergi mesti bersama but pergi toilet je lah yang tak sama..ouhh,lupe pulaks nak bagitahu nama diorang dekat anda anda semua,,yang sebaya dengan saya tu nama dia Nur Aqilah n her sister Nur Faqihah...kami ni jugak geng yang kuat makan!!yeahh,,i very love eat,eat is my favourite,,*betul
                                                            

eh,anda anda nak tahu tak haritu ada satu tragedi yang memang tak tragis langsung,kiteorang gelarkannya "tragedi cari jodoh"..citenye macam gini,di kawasan perumahan nenek saya ada seorang atuk tua ni,kesian dia saya rasa dia takde rumah kowt,selalu merayap kehulur kehilir seorang diri,,dia pakai baju jacket dengan kain pelekat *bayangkan* ,menurut info yang kami dpt from my nenek,atuk tu dulu duduk di hadapan punya sebelah kanan rumah nenek saya,kira jiran lah ni,,tapi sekarang taktahulah kenapa atuk tu dah tak dduk dekat rumah itu lagi..yang kesiannya setiap kali rumah nenek saya buat apa apa kenduri mesti atuk tu datang dan terus pergi makan,kami semua biarkan jelah ,dia datang nak makan bukan nak mencuri ..me,my sister,aqilah,faqihah bagi nama atuk tu Boboy memandangkan nama dia kami taktahu...so senang lah nanti kalau ada orang tanya "atuk mana ni?" "alah,atuk Boboy tu"..haha,kan senang,,yang kelakarnya waktu atuk Boboy datang nak makan aqilah pergi ambil air untuk diri sendiri,masa tu atuk Boboy ada dekat situ tapi atuk tak cakap apa apa pown,seterusnya diikuti dengan faqihah lepas tu saya tapi atuk Boboy buat dek je apabila kehadiran kami disitu..last sekali giliran kakak saya yang pergi ambil air,dalam sedang sedang dia mengambil air,tiba tiba ada satu suara "tolong amik air",,haaaaa..takku sangka!!saya,aqilah n faqihah saling pandang memandangi menunjukkan yang kami amatlah terkezut,mana taknya,,dah tiga orang gadis comel lalu dekat atuk Boboy tapi atuk tetap mmbisu,tuptup bila kakak saya lalu, bersuara atuk tu semerdu tiga suara *jacklyn,shila,ning baizura * ..


                                               yeaa mempersembahkan gadis bunian buaya


maka kami bertiga mensyak yang atuk Boboy tu ada feeling the feeling dekat kakak saya..pada saat itu mulalah kes ejek ejekkan dan kami cipta satu nama khas untuk mereka berdua iaitu AinBoboy..haha sedap tak nama yang kteorang bagi ni..hee,semestinyaaa...kteorang ingatkan kakak saya akan marah or merajuk,tapi kteorang dapat melihat kegembiraan di wajahnya tatkala kteorang memberi nama tersebut,,saya rase kakak saya menyimpan perasaan yang sama dengan atuk Boboy..hehe

                                          buayan tu hampir retak kerana diduduki oleh kami


sebab tu lah kteorang gelarkan tergedi ni "tragedi cari jodoh",khas hanya untuk kakak saya mencari jodoh!yes,only her!!hahaha..cousin saya memang terbaik,kelakar n sporting...selain mencari jodoh untuk kakak saya,kteorang juga selalu pergi jalan jalan bersama,tengok wayang,main sama sama,picnik at sungai congkak sama sama..senang citer kami sentiasa bersamalah...saya sayang gile dekat cousin yang dua orang nih..mereka bagaikan pelengkap hidup saya dan menerangi suasana tatkala saya berada dalam kegelapan *fuhh,macam awie dalam sembilu jiwang siot aku*okaylah peeps,thats all about my story kali ni,bai :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...